PKR Tiada Hala Tuju Perjuangan, Hanya Mimpi Nak Jadikan Anwar PM


Tindakan ramai pemimpin dan ahli-ahli PKR  keluar parti dan meninggalkan perjuangan PKR yang dibina sejak hampir 15 tahun yang lalu membuktikan parti pembangkang itu sebenarnya tidak mempunyai agenda terutama dalam membela masa depan rakyat.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Safarizul Mustafa berkata, pengikut PKR hanya menuruti pemimpinnya yang tidak jemu memburukkan dan mencari kelemahan orang lain sedangkan keburukan diri sendiri tidak pernah disedari.

“Dalam PKR, ahli hanya sebagai `pak turut’ manakala pemimpin hanya mengikut telunjuk penasihatnya. Apabila ahli bersuara, suara itu diketepikan dan apabila membantah orang yang membantah itu akan terima akibat. Inikah demokrasi ataupun kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan.

“Hakikatnya, PKR tidak dapat memainkan peranan sebagai penyatuan dalam pakatan pembangkang kerana cita-citanya tidak lebih daripada menjadikan seorang individu sebagai Perdana Menteri,” ujarnya mengulas kemelut hilang kepercayaan terhadap PKR hingga menyaksikan ramai pemimpin termasuk wakil rakyat dari parti yang keluar parti.

Safarizul Mustafa
Tambahnya, ini berbeza dengan parti UMNO yang sudah berada di landasan betul bersama BN sejak sekian lama dengan memelihara kebajikan rakyat berasaskan perpaduan yang kukuh serta agenda pembangunan yang tersusun.

“Lihat juga pemimpin PKR. Mereka tidak pernah berjuang mencegah segala yang mungkar, termasuk apa yang dilakukan oleh Anwar, apatah lagi setelah bekerjasama dengan DAP dimana negeri yang ditadbir oleh mereka penuh skandal rasuah, pelacuran, maksiat, pusat hiburan,  isu murtad, judi, curi pasir dan sebagainya.


“Tiada apa penambahbaikan yang dibuat malah bertambah parah dari semasa ke semasa. Sebaliknya kebebasan bersuara rakyat untuk membantah perkara mungkar ini disekat,” ujarnya lagi.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    8:13 AM

    Depan boleh belakang boleh. Itulah hala tujunya.

Post a Comment