Wakil Rakyat Pakatan Terpaksa Akui, Hanya BN Mampu Berikan Khidmat Terbaik Kepada Rakyat - Jamawi

Ketua Pemuda Tenom, Jamawi Jaafar yakin, bukan setakat dua orang ADUN dari pembangkang yang keluar parti dan menjadi Wakil Rakyat Bebas yang menyokong BN, malah ia akan disertai ramai lagi wakil rakyat dan ahli parti pakatan yang sudah tidak yakin dengan perjuangan dan hala tuju pakatan.

“Saya difahamkan, dalam minggu ini pun ada seorang lagi wakil rakyat mereka akan keluar parti dan menjadi Wakil Rakyat Bebas, ini semua adalah kerana kehendak serta tuntutan rakyat dan pengundi di kawasan-kawasan yang diwakili wakil-wakil pakatan ini yang mahukan pembangunan kerana mereka tidak mahu ketinggalan dari arus pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN melalui wakil-wakil rakyat BN.

Jadi, demi kepentingan dan mendahulukan rakyat, mereka keluar parti.

Kita juga yakin, PKR bukanlah satu parti yang relevan dalam politik Sabah, cuba sedikit penolakan rakyat terhadap calon-calon BN yang telah lama seperti di Kadamaian dan Luyang, menyebabkan mereka menang dalam PRU yang lalu,” ujarnya yang juga bekas EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.   

Terdahulu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian yang juga Ketua Penerangan PKR Sabah, Jeremmy Malajad mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau yang disertai oleh kira-kira 50 bekas pemimpin PKR Kadamaian berkata,  keputusan beliau keluar daripada PKR adalah bagi memenuhi harapan rakyat di kawasannya yang mahukan pembangunan.

Sebelum itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang yang juga Bekas ketua DAP negeri Sabah, Hiew King Cheu keluar parti dan menjadi wakil bebas pada 27 September lalu.

"Sebagai wakil rakyat baru dipilih oleh rakyat, saya yakin mereka sedar tentang harapan tinggi rakyat di kawasan yang mereka wakili untuk melihat perubahan dalam bidang pembangunan khususnya kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih, klinik desa dan banyak lagi pembangunan luar bandar yang menjadi isu semasa yang sentiasa dilaung-laungkan masyarakat Kadamaian.


Ini juga bukti jelas bahawa hanya Barisan Nasional yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat berbanding pakatan pembangkang yang hanya pandai beretorik dan berlakon semata-mata untuk mendapat undi daripada rakyat," tambahnya.   
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment