Ahli UMNO Diajak Untuk Lebih Agresif Hadapi Pembangkang Dalam Media Sosial – Sohaimi Shahadan


Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini memberikan penekanan bahawa menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, ada hampir 50 peratus atau enam juta pengundi muda dan pengundi baru menjelang 2017, maka Datuk Najib memberikan beberapa penekanan untuk memastikan UMNO terus relevan sepanjang zaman.

Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, sudah tiba masanya kita menggunakan media sosial, ahli parti harus lebih aktif  dan lebih agresif sama ada menjawab tohmahan atau fitnah, menyebarkan maklumat dan juga menyampaikan mesej melalui media-media baru ini.

“Ini kerana selama ini pembangkang atau mereka yang tidak bertanggungjawab menjadikan media sosial ini sebagai platform atau medium untuk menyebarkan mesej yang kadang-kalanya tidak benar kepada rakyat, tohmahan atau fitnah dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat, dan kebatilan kalau diulang-ulang pun akhirnya akan dipercayai oleh orang ramai. Jadi, sudah tiba masanya ahli UMNO memainkan peranan kerana pelayar media sosialnya ini adalah orang-orang muda.

Perkara kedua, UMNO perlu dilihat lebih relevan dan inklusif kepada rakyat, oleh itu golongan professional dan agamawan dibawa oleh Datuk Najib,   kerana ingin memberikan ruang dan peluang kepada mereka dalam kepimpinan tertinggi UMNO dan akhirnya akan dan boleh menjadikan UMNO lebih kuat dan keluar dengan idea-idea yang baru,” ujarnya mengulas amanat yang diberikan oleh Presiden parti menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2013.

Empat perkara menjadi penekanan Datuk Najib dalam Amanat Presiden petang tadi, antaranya UMNO perlu menjadi pembela kepada agama Islam, pemerkasaan ekonomi Bumiputera dan membela rakyat.

“Saya lihat akan ada satu KPI yang akan diberikan oleh Datuk Najib samaada di peringkat cawangan, bahagian mahupun di peringkat Majlis Tertinggi.  


KPI ini adalah asas kepada pengukuran kepada gerakkerja, pelaksanaan aktiviti, dan juga penilaian akan dibuat. Iii adalah satu perkara baru, ia memastikan untuk UMNO kembali kuat di landasan dan kita boleh bekerja dalam suasana yang lebih terancang dan tersusun menjelang Pilihanraya Umum ke-14,” ujarnya lagi. 

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment