ATM & BANJIR .....












Kementerian Pertahanan melahirkan rasa simpati terhadap mangsa-mangsa banjir di Pahang, Johor dan Terengganu serta mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi yang tidak diingini ini. Sesungguhnya kejadian banjir tidak dapat dielakkan dan menasihatkan orang ramai yang terlibat agar sentiasa berhati-hati serta mendengar nasihat pihak berkuasa dan pasukan keselamatan.

Kementerian Pertahanan melalui Angkatan Tentera Malaysia, tidak ketinggalan melaksanakan tanggungjawab sosial serta turut bersama-sama agensi keselamatan yang lain memberikan bantuan menyelamat mangsa banjir dalam operasi khas yang diberi nama OP MURNI.  Sehingga hari ini mangsa yang terlibat dianggarkan 20,378 di 164 Pusat Pemindahan. 

Penglibatan Trup dan Aset adalah seperti berikut:

Trup dari Tentera Darat di bawah Kawasan Tanggungjawab 3 Divisyen:

PahangDaerah yang terlibat ialah Kuantan, Maran, Pekan, Rompin dan Jerantut. Trup terlibat – 12 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Mekanise, 1 Kor Armor DiRaja (KAD) dengan kekuatan 12 Pegawai dan 178 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP), Trup dari Gerup Gerak Khas (GGK) - 2 Pegawai dan 33 LLP dan aset yang terlibat ialah 16 buah bot, 16 buah kenderaan 3 ton, 4 buah kenderaan Land Rover dan Kenderaan TATRA 7 ton sebanyak 6 buah di Pahang dan 2 di Terengganu.

JohorDaerah terlibat ialah Batu Pahat, Muar, Kota Tinggi, Kluang, Segamat dan Mersing. Trup terlibat adalah di Daerah Mersing – 1 Rejimen Renjer DiRaja (RRD) dengan kekuatan 1 Pegawai dan 31 LLP dan aset terlibat ialah 2 buah bot, 2 kenderaan 3 ton dan Kenderaan TATRA 7 ton sebanyak 2 di Johor.

Aset TUDM  - Pangkalan Udara Kuantan telah dipertanggungjawabkan membantu Majlis Keselamatan Negara memantau 7 Pusat Pemindahan Banjir sejak 2 Dis 13 iaitu SMK Paya Besar, Balai Raya Sg Soi, SMK Bukit Rangin dan SMK Gudang Rasau. Pesawat Nuri dari Skuadron SAR (Search and Rescue) telah membuat penerbangan menyelamat di Kawasan Paya Besar dan telah menyelamatkan 4 orang mangsa banjir yang seterusnya dipindahkan ke Pusat Penempatan Banjir di SMK Paya Besar.  Buat masa ini hanya sebuah pesawat Nuri digunakan untuk tujuan bantuan udara dalam OP MURNI.


ATM akan sentiasa memantau perkembangan banjir yang melanda Pahang dan Johor ketika ini serta memantau perkembangan di Pantai Timur yang turut mengalami banjir yang lebih buruk dalam masa terdekat.  ATM telah menyediakan pelan tindakan termasuk bantuan lojistik untuk bantuan banjir dan semua trup dalam keadaan siap sedia untuk digerakkan sekiranya diperlukan.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment