Pemuda Bantah Kenaikan Tol -- "Kerajaan Perlu Lebih Rasional"


Kerisauan rakyat terhadap kenaikan tarif elektrik yang dicadangkan pada awal tahun hadapan belum lagi berakhir selepas kerajaan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Sen. Dato’ Seri Abdul Wahid Omar telah membuat kenyataan bahawa kadar tol di beberapa lebuh raya yang sebahagian besarnya di Lembah Klang pula bakal dinaikkan juga pada tahun hadapan.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin  berkata, ini merupakan siri kenaikan selepas kenaikan harga petrol, diesel, gula, cadangan kenaikan tariff elektrik dan cadangan kenaikan tambang pengangkutan awam oleh SPAD. Ini belum lagi kenaikan barang-barang keperluan harian dan makanan yang telah menyebabkan bebanan rakyat semakin meningkat serta ianya merupakan menjadi penyebab keyakinan rakyat kepada kerajaan semakin terhakis.

Tambahnya, menurut sumber, cadangan kenaikan kadar tol tersebut dijangka antara 30 sen hingga RM1 dengan melibatkan 13 lebuh raya melalui semakan semula kadar tol bagi tahun 2014 malah terdapat juga cadangan kenaikan sekitar 20 peratus hingga 40 peratus.

"Alasan yang bakal diberikan oleh Kementerian yang terlibat berkenaan kenaikan kadar tol ini pastinya memberi penjelasan bahawa kenaikan tidak dapat dielakkan memandangkan perjanjian konsesi yang telah ditandatangani perlu dipatuhi yang merupakan perjanjian antara kerajaan dan syarikat konsesi. 

Penjelasan Dato’ Seri Abdul Wahid Omar bahawa kadar tol perlu dinaikkan pada masa ini memandangkan kadar tersebut perlu disemak dan dinaikkan pada tahun 2011 yang lalu dan kadar tersebut tidak dinaikkan kerana kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan bagi mengekalkan kadar sedia ada.

Kerajaan perlu melihat dan mengkaji perkara ini sehalus-halusnya kerana sekiranya kenaikan kadar tol ini menjadi kenyataan bakal menjadi penyebab utama terhadap kenaikan-kenaikan barang-barang keperluan lain atas alasan peningkat kos logistik serta tiada lagi alasan untuk tidak meluluskan kenaikan tambang pengangkutan awam," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, kerajaan sepatutnya meminta supaya syarikat konsesi lebuh raya lebih peka terhadap peranan memberi sumbangan kepada rakyat dan bukan hanya fokus kepada mengaut keuntungan semata-mata kerana jika dilihat kepada pertambahan jumlah kenderaan di negara ini khususnya di kawasan Lembah Klang yang menggunakan lebuh raya tersebut dalam tempoh 2 hingga 5 tahun ini sudah tentu memberi pulangan serta keuntungan yang lebih dari sepatutnya.

Rakyat secara umumnya faham keperluan kenaikan tersebut tetapi kos sara hidup dan bebanan yang sedia ada ditanggung adalah tinggi menyebabkan siri-siri kenaikan ini bakal memberi tamparan hebat kepada mereka. Pengguna sebenarnya lebih untuk ingin mendengar berita gembira daripada kerajaan khususnya berkaitan dengan kadar tol selepas pilihanraya supaya ianya diturunkan malah amat mengejutkan kerana jangkaan adalah sebaliknya.

"Sekiranya pihak kerajaan bergantung kepada agensi-agensi yang telah diwujudkan seperti PEMANDU bagi mendapatkan khidmat nasihat dalam membantu mengurus tadbir ekonomi negara supaya ianya lebih mampan, kerajaan juga diminta untuk mewujudkan agensi-agensi yang boleh membuat latar kajian kesediaan dan kemampuan ekonomi semasa rakyat di negara ini supaya keputusan atau cadangan yang bakal dilaksanakan boleh memberi kebaikan kepada semua pihak.

Tindakan-tindakan kerajaan seperti ini bakal memberi tanggapan negatif kepada rakyat yang mana ianya akan dilihat membelakangkan keperluan rakyat serta memberi kesan yang cukup besar terhadap kayakinan mereka. Kenaikan ini juga bakal dijadikan modal politik oleh pihak pembangkang yang telah menjanjikan penghapusan tol dalam manifesto PRU13 mereka," ujarnya yang juga Pengerusi Sekretariat Hal-Ehwal Bandar & Perumahan Pemuda UMNO.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan digesa untuk terus mengekalkan kadar tol sedia ada dengan mendapatkan kerjasama daripada syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat. Rakyat tidak perlu dibebankan dengan kenaikan kadar tol yang bakal dijadikan penyebab utama oleh pihak-pihak tertentu membuat keuntungan serta menekan rakyat melalui kenaikan-kenaikan yang lain.

Kerajaan jangan hanya mahu dilihat atau diiktiraf sebagai kerajaan yang berani dan progresif oleh negara-negara luar tetapi rakyat di negara ini merasakan sebaliknya dan terus dihimpit dengan bebanan yang semakin meningkat. Kuasa dan amanah yang diberikan oleh rakyat ini perlu mengutamakan keperluan serta kepentingan mereka terlebih dahulu, sekiranya rakyat berasa tidak mendapat manfaat terhadap pendekatan kerajaan maka mereka akan kecewa dan sukar untuk memperoleh kembali keyakinan mereka.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    1:09 PM

    baru aku tahu rupa2nya dalam Umno pun ada juga pemimpin yang bodoh phiang. naik lah apa pun, ianya tidak libat atau jejaskan rakyat miskin dan sederhana. sasaran kerajaan adalah kepada orang2 kaya dan tokey2 kilang.

    Najib kena jaga2 dengan pemimpin Umno jenis ini, bukan apa takut dia ni musang bulu ayam (mungkin orang Anwar ?).

    Ahli Umno Cerdik

  2. Anonymous
    12:44 AM

    Comment anda menunjukkan anda memang cerdik ;-) tahniah haha

Post a Comment