Ahli Dewan Undangan Negeri Dengkil, Shahrum
bin Mohd Sharif menyifatkan kenyataan menyamakan perjuangan
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dengan Mendiang Nelson Mandela sebagai satu
kenyataan mengarut dan tidak masuk akal.
Tambahnya, jika nak
membandingkan perjuangan Anwar-Mandela, ianya ibarat langit dengan bumi,
sebaliknya apa yang telah dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak
jauh lebih baik berbanding Anwar Ibrahim.
“Transformasi
kepimpinan, politik, ekonomi dan sebagainya yang telah dilaksanakan oleh Najib
jelas menunjukkan kerajaan amat prihatin dan mendahulukan kepentingan rakyat,
berbanding dengan Anwar yang jelas mempergunakan rakyat sebagai alasan perjuangan
peribadinya, yang hanya mahu bergelar Perdana Menteri.
Perjuangan Nelson
Mandela jelas untuk rakyat, mengunakan budi bicara dan perbincangan untuk
menyelesaikan masalah rakyat, tidak pernah sama sekali menggunakan kekerasan,
perhimpunan atau demonstrasi jalanan apatah lagi mempertaruhkan keselamatan
rakyat demi perjuangannya.
Ia sama sekali
berbeza dengan Anwar, langsung tidak menghormati pentas demokrasi dengan
sebaiknya, malah rakyat dijadikan umpan dan mangsa untuk turun menjadi benteng dalam
setiap perhimpunan atau demostrasi jalanan,” ujarnya yang juga Timbalan Ketua
UMNO Bahagian Sepang.
Sehubungan dengan
itu, beliau menasihatkan rakyat agar jangan terpedaya dengan dakyah dan
kenyataan palsu Naib Presiden PKR, N. Surendran yang tidak mempunyai asas kukuh, selain jelas merupakan kenyataan
berbaur politik dalaman semata-mata untuk mengaut keuntungan peribadinya.
Pergerakan Puteri
UMNO Negeri Melaka turut sependapat bahawa N. Surendran tidak ikhlas
mengeluarkan kenyataan tersebut kerana perjuangan Nelson Mandela ialah
perjuangan menentang dasar Apartheid di mana orang kulit putih menindas orang
kulit hitam yakni orang kulit hitam langsung tiada kuasa di tempat kelahiran
mereka,
Ketuanya, Azlieza
Azizan berkata, ia jelas berbeza sekali dengan perjuangan Anwar Ibrahim yang
berlandaskan perjuangan dasar dendam dan peribadi.
“Jelas perjuangan
Anwar Ibrahim bukan untuk rakyat atau perjuangan sesuatu kaum tapi lebih kepada
perjuangan bersifat dendam dan untuk kepentingan diri semata, rakyat harus
sedar dan buka mata dgn melihat apa sebenarnya agenda perjuangan Anwar Ibrahim.
Di Malaysia semua
bangsa boleh bersuara menyatakan kehendak masing-masing dengan menghormati
perlembangan Negara dan hidup dalam suasana harmoni sebagai sebuah negara yg
mempunyai masyarakat majmuk.
Justeru itu, Surendran dinasihatkan untuk berfikir dahulu sebelum
menyamakan perjuangan Anwar sama dengan perjuangan Nelson Mandela,” ujarnya
yang juga Penasihat Persatuan Usahawan Bumiputera Melaka.
0 Komen