Perkaderan UMNO Penting Lahirkan Lebih Ramai Pemimpin Pelapis

Perkaderan UMNO penting dan kita perlu jelas, bahawa ini adalah usaha UMNO untuk meneruskan kesinambungan untuk melahirkan pemimpin muda untuk jadi pelapis dan ahli-ahli yang baru untuk diserap sebagai tunggak di peringkat cawangan, bahagian dan di peringkat tertinggi, ujar Datuk Sohaimi Shahadan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

“Saya melihat bahawa selepas ini, Datuk Seri Najib selaku Presiden parti akan berbincang dan barangkali akan mengeluarkan satu garis panduan kepada kita, apa yang sebenarnya kita kena buat.

Yang pertama, pemimpin kita kena gilap, yang kedua kita kena cari dan ambil mereka yang berkualiti ini, yang mempunyai nilai tambah utuk bersama-sama dengan kita dalam parti untuk memperkasa dan memperkuatkan parti,” ujarnya.

Di samping itu, orang-orang muda ini kita gilap, kita masukkan unsur-unsur pimpinan yang bagus yang boleh memberikan kekuatan kepada UMNO supaya mereka boleh menyumbang kepada parti dan akhirnya dilihat pemimpin unggul ataupun barisan pelapis.

“Jadi perkaderan ini tidak boleh dibiarkan berkembang secara rawak atau dibiarkan begitu sahaja supaya ‘asal ada’ atau `seperti melepaskan batuk di tangga’ tetapi perlu disusun. Maka UMNO ini sebagai parti yang berakar umbi, parti yang merakyat jadi perkaderan ini perlu dimulakan di peringat bawah dan pemimpin yang baik adalah pemimpin yang melahirkan lebih ramai pemimpin di bawah mereka.

Dalam hal ini, jika kita tengok, pimpinan-pimpinan baru dan muda yang perlu kita ketengahkan, kita jangan takut dan kita kena keluarkan. Ini kita kena konsisten, perancangan UMNO ini perlu dibuat bertahap-tahap, satu tempoh masa yang amat panjang dan ada matlamat yang kita sasarkan, ada objektif yang boleh kita capai dan ada tempoh yang boleh kita jadikan sebagai penentuan kejayaan kepada usaha-usaha perkaderan dalam UMNO ini.


Sebab itu, saya sambut baik dan menyokong usaha perkaderan ini, UMNO perlu dilihat menjadi satu institusi yang melahirkan pemimpin-pemimpin hebat, yang baru dan berwibawa, yang mampu untuk meneruskan kesinambungan supaya UMNO terus relevan sepanjang zaman, dikagumi dan dihormati,” tambahnya lagi.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment