Presiden Garis Arah Tuju Perjuangan UMNO Agar Lebih Jelas – Khaled Norden


Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini melahirkan perasaan gembira pada Majlis Taklimat Presiden UMNO kerana parti UMNO telah melalui proses pemilihan secara transformatif dan ianya menampakkan kejayaan di mana peringkat akar umbi terlibat dalam soal pemilihan pucuk pimpinan di semua peringkat dan daripada proses pemilihan tersebut dapat dilihat banyak muka-muka baru bukan sahaja di peringkat bahagian, malah di peringkat pergerakan sayap-sayap, ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sehubungan dengan itu, UMNO akan meneruskan sistem pemilihan secara transformatif ini pada musim-musim pemilihan pucuk pimpinan parti di masa hadapan.

“Presiden juga telah menggariskan bahawa kalau selama ini perjuangan UMNO berasaskan kepada matlamat yang umum iaitu kepada agama, bangsa dan negara, maka kali ini UMNO perlu untuk meletakkan matlamat-matlamat yang lebih jelas sama ada jangka pendek atau jangka masa panjang dari segi soal kewujudan dan kemajuan Negara, kesejahteraan rakyat dari segi soal pembangunan ekonomi, soal mempertahankan institusi Negara termasuklah dari segi soal memperjuangkan kedudukan agama Islam.

Jadi, kalau dulu secara umum tapi UMNO perlu melalui jangka pendek atau jangka panjang agar peranan dapat dimainkan oleh parti untuk menerangkan kepada rakyat, dan beberapa pendekatan yang baru akan dilakukan oleh parti dalam soal untuk menentukan keberkesanan apa sahaja matlamat dan usaha parti,” ujarnya yang juga Menteri Besar Johor.


Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    7:59 PM

    Mca dap gerakan jaga kepentingan org cina. Mic jaga org india...umno lebihkan org cina dan india kononnya utk tarik balik sokongan mereka. Org melayu siapa yg jaga? Sedih fikirkan masa depan anak cucu nanti....pemimpin umno dah kaya raya apa dia org nak kisah....mana hala tuju melayu nanti...pas tak boleh harap..jual agama dan bangsa utk kuasa..pkr lagilah...ya Allah selamatkan kami umat melayu di bumi bertuah ini dan selamatkan kami dari pemimpin yg cuma memikirkan kepentingan diri sendiri saja

Post a Comment