Rakyat Selangor Rugi Ditipu Kenyataan Pemimpin Populis Pakatan


Kenyataan tidak wajar meneruskan dasar-dasar populis setelah masuk penggal kedua pemerintahan pakatan pembangkang di negeri Selangor  seperti air percuma jelas menunjukkan selama ini janji dasar gula-gulakan rakyat hanyalah satu kenyataan populis oleh Pakatan Selangor utk mengaburi mata rakyat terutama nya di Selangor. 

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, jika kita kaji Manifesto 2008  pakatan pembangkang pada PRU12, begitu juga dengan Manifesto 2013 pada PRU13, boleh dikatakan hanpir 80% janji-janji pakatan DAP-PKR-PAS tidak dikotakan kerana ianya adalah ‘Manifesto Populis’.

“Rakyat akhirnya yang jadi mangsa penipuan pemimpin-pemimpin pembankang yang populis ini. Adakah kita lupa akan kenyataan Populis Pakatan ini?

Dahulu dengan bangga mereka mengatakan akan menjaga kebajikan rakyat. Tapi jika kita kaji dan nilai semuanya,  PPRT naik sewa, cukai pintu Selangor pun naik, kadar sewa tapak niaga PKNS pun naik, hakikatnya banyak lagi  yang dikatakan dahulu sebenarnya hanya kenyataan Populis,” ujarnya yang Pengerusi Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, itu belum lagi dengan Tadika PASTI, mengapa tidak diberikan percuma. Begitu juga dengan mahasiwa yang belajar di Unisel dan mana-mana IPT di bawah kendalian kerajaan negeri, kenapa tidak diberikan pendidikan percuma?

Sebelum ini, Naib Pengerusi DAP negeri, Datuk Teng Chang Khim meminta Kerajaan pakatan pembangkang di Selangor tidak wajar meneruskan dasar-dasar populis setelah masuk penggal kedua pemerintahan mereka di negeri itu.


Beliau berkata, kerajaan negeri yang bertanggungjawab perlu mempunyai pandangan jauh tentang kebajikan rakyat dan bukan hanya memperkenal dasar populis seperti pemberian air percuma.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    1:38 PM

    Tindakan tidak populis ler yang pentadbiran sekarang sedang buat...tapi kena tembak kiri kanan kan...so, lebih baik populis kan?

Post a Comment