Sohaimi Shahadan & Sekretariat Bebas Muflis


Sekretariat Bebas Muflis akan menganjurkan program Taklimat dan Pendaftaran Bebas Muflis yang dijadualkan pada 7 Januari 2014 lantaran kepada masalah muflis yang semakin serius di kalangan orang muda dan orang Melayu sejak akhr-akhirnya.

Pengerusinya, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata,  peranan Sekretariat Bebas Muflis ini adalah untuk menjadi jambatan penghubung antara golongan muflis dengan Jabatan Insolvensi Malaysia dan seterusnya menjadi platform membantu golongan ini dari terus tertekan tanpa mendapat pembelaan kerana mengikut statistik hanya sekitar 30 % sahaja yang mendaftarkan diri dengan Jabatan Insolvensi Malaysia setelah diistiharkan muflis oleh mahkamah manakala yang selebihnya memencil dan menyembunyikan diri.

“Usaha ini mendapat perhatian khusus YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak yang telah membuat beberapa pengumuman untuk pindaan Akta Kebangkrapan 1967 dan juga memberi jaminan untuk memberi peluang kedua dan perlepasan kepada mereka yang bangkrap kerana menjadi penjamin sosial.

Bagi menggerakkan Sekretariat ini mendekati golongan muflis dengan lebih berkesan di seluruh Malaysia, Satu Siri Jelajah turun padang untuk memberi penerangan taklimat dan mengumpulkan data golongan muflis ke seluruh malaysia dengan kerjasama Sekretariat Bersama dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Pedagang dan PengusahaMelayu Malaysia (PERDASAMA).

Siri Jelajah pertama akan diadakan pada 7 Januari 2014 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur dan akan bergerak ke seluruh Malaysia bagi member peluang peserta berdialog dan memahami proses kebangkrapan dengan lebih mendalam disamping memberi maklumat dan khidmat nasihat mengenai status kebangkrapan golongan sasaran ini,” ujarnya yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Tambahnya, Siri Jelajah Taklimat dan Pendaftaran ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan keutamaan diberikan kepada mereka yang ketika ini telah disahkan muflis atau dalam proses pengesahan mahkamah.

“Pendaftaran boleh dibuat di laman sesawang www.bebasmuflis.com dengan mengisi borang secara atas talian bagi memudahkan pengumpulan maklumat dilakukan. Setiap maklumat yang diisi akan menerima nombor rujukan pihak Sekretariat bagi memudahkan data disisih dan dinilai oleh panel penasihat Sekretariat.

Setiap hari dianggarkan seramai 60 orang diisytiharkan muflis di Malaysia dengan jumlah keseluruhan seramai lebih 240,000 orang telah muflis. Sekretariat Bebas Muflis mensasarkan sekurang–kurangnya dapat membantu membebaskan golongan yang teraniaya dan penjamin sosial dengan menyediakan maklumat lengkap terus ke Jabatan Insolvensi, manakala kes –kes lain akan dinilai dan diperhalusi oleh panel penasihat untukdibantu.


Dengan sokongan dan kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan seperti ini, Sekretariat Bebas Muflis menyeru agar semua golongan muflis ini tampil menghadiri taklimat dan pendaftaran yang akan diadakan secara percuma di setiap negeri, dalam tempoh 4 bulan pertama tahun 2014 kelak,” tambahnya. 
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. baguslah ada pihak yang mengambil berat. harapan simuflis mangsa seperti kami terutama yang teranayai dan penjamin yang tidak merasa langsung wang tapi dihukum sedangkan yang memakai masih bebas serta ada yang kerana guna 'cable' tidak dihukum atau mufliskan langsung.

  2. bagus akhirnya ada pihak yang boleh membantu mangsa anayai macam kami.wang tidak merasa tapi hukuman seberat gunung.

Post a Comment