COMANGO Bermain Kotor?

Entah kenapa kita tidak terkejut dengan pendedahan Ustaz Nasharuddin yang dimuatnaik oleh blog theUnspinners mengenai taktik kotor COMANGO untuk memerangkap gabungan NGO Islam ketika di Geneva.   

Menurut Ustaz Nasha, kumpulan NGO Islam telah diberi amaran oleh pegawai kerajaan di sana agar berhati-hati kerana COMANGO telah terlebih dahulu menyebarkan khabar di kalangan kedutaan asing bahawa gabungan NGO Islam itu adalah pengganas.  Mungkin, niat COMANGO adalah untuk membiarkan wakil NGO Islam ditangkap agar mereka boleh mengemukakan tuntutan tanpa halangan. 

Nampaknya, para peneraju COMANGO bukanlah terdiri dari manusia-manusia yang punya integriti.  Mereka sanggup berbuat apa saja untuk mencapai matlamat serta enggan akur kepada peraturan. 

Mungkin bermain kotor juga merupakan antara ‘hak asasi’ yang diperjuangkan mereka.   Mungkin bagi COMANGO, undang-undang dan peraturan serta perdebatan ilmiah yang berfakta adalah menyusahkan.  Ini kerana bagi mereka, manusia tidak harus menggunakan akal, tetapi hanya menggunakan nafsu untuk menentukan cara hidup masing-masing.  Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh COMANGO sebagai ‘hak asasi’ manusia. 

Sikap COMANGO bermain kotor menunjukkan yang mereka sebenarnya takut berhadapan dengan pihak NGO Islam.  Sekali gus membuktikan bahawa mereka cukup sedar bahawa mereka tidak mampu berdiri atas hujah yang bernas dalam menuntut perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam dan undang-undang negara ini. 

Sepatutnya, COMANGO berhadapan dengan NGO Islam secara baik dengan mengemukakan hujah masing-masing secara rasional.  Tindakan memburukkan imej dan cuba mengenakan NGO Islam di Geneva, dengan sendirinya menyerlahkan kejahatan COMANGO. 

Tidak kira apa jua perjuangan kita, pada ketika kita terpaksa bermain kotor untuk mencapai matlamat maka kita wajar mempersoalkan kembali apakah kita di pihak yang benar atau salah. 

Apatah lagi bagi gabungan seperti COMANGO yang kononnya berdiri atas niat yang murni demi keadilan sejagat dan hak asasi manusia, maka tentulah ia perlu berjuang dengan jalan yang bersih dan berlandaskan undang-undang. 

Lebih-lebih lagi apabila gabungan itu menganggap penentangnya, iaitu NGO Islam sebagai pihak yang kolot, bodoh dan ketinggalan dan mereka pula sebagai pihak yang maju dan bertamadun. 

Namun, apa yang berlaku menunjukkan bahawa COMANGO hanyalah terdiri dari manusia gasar yang tidak mahu mengikut undang-undang.  Sudahlah memperjuangkan perkara yang haram, pertubuhan itu sendiri juga haram dan kini terbukti pula suka bermainkotor. 

Ini memberikan kita alasan yang lebih kukuh untuk menolak COMANGO kerana jelas gabungan itu membawa fahaman, budaya dan pemikiran jahiliah yang tidak sesuai bagi manusia moden. 


Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    9:44 AM

    Semoga Allah satukan umat Islam du bumi Malaysia ini dan diberi kekuatan dan kebijaksanaan menangani acaman2 musuh Islam. Ya Allah...lemahkanlah kekuatan dan ancaman2 musuh2 Islam dimana2 mereka berada...ameen

Post a Comment