Jangan `Cakap Kosong', Tutup Semua Pusat Hiburan Di Pulau Pinang


Pergerakan Pemuda UMNO Negeri hari ini menyelar keputusan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang akan menuruti langkah Kerajaan Negeri Johor untuk memansuhkan pusat hiburan di negeri Pulau Pinang jika ini adalah kemahuan orang Melayu di negeri Pulau Pinang.

Ketuanya, Rafizal Abd Rahim berkata, beliau telah membaca komen Lim Guan Eng di dalam twitter  di mana beliau menyatakan tertarik dengan tindakan Menteri Besar Johor  dengan memansuhkan Pusat Hiburan di negeri Johor.

"Dalam hal ini Pergerakan Pemuda UMNO Negeri  ingin meminta penjelasan beliau yang menyatakan akan menutup pusat hiburan ini jika hanya ada kemahuan orang Melayu sedangkan kita sedia maklum bahawa semua bangsa dan kaum mengunjungi pusat hiburan ini.

Kenyataan berbau 'rasis' sebegini tidak sepatutnya keluar daripada Ketua Menteri yang mentadbir sebuah negeri yang mempunyai berbilang bangsa," ujarnya mengulas mengenai kenyataan Lim Guan Eng dalam twitternya yang mahu menuruti langkah kerajaan Johor untuk menutup semua pusat hiburan.

Sehubungan dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri juga ingin meminta dan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang melaksanakan apa yang telah beliau nyatakan di laman twitternya.

"Kita tidak mahu beliau hanya 'bercakap kosong' untuk menjuarai hati  rakyat Pulau Pinang. Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau perlu memperlihatkan kesungguhan dalam menangani gejala sosial bukan sahaja di kalangan orang melayu tetapi semua Kaum di Pulau Pinang. Sudah sampai masanya Ketua Menteri Pulau Pinang 'belajar' mengotakan apa yang beliau telah janji atau ungkapkan.

Akhir sekali Pergerakan Pemuda UMNO Negeri ingin mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang SEGERA memansuhkan semua jenis Pusat Hiburan di seluruh Pulau Pinang selaras dengan penulisan beliau di laman twitternya,"ujarnya lagi.

Terdahulu, Kerajaan Johor mengarahkan 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini supaya melancarkan operasi bagi memastikan semua pusat hiburan keluarga yang berunsurkan perjudian di negeri ini ditutup sepenuhnya.

Langkah itu dilaksanakan berikutan keputusan kerajaan negeri tahun lalu untuk tidak lagi mengeluarkan lesen pusat hiburan terbabit, berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd Latiff Bandi, berkata operasi itu akan dilakukan secara berperingkat bagi memastikan premis hiburan itu dapat ditutup sepenuhnya.


Kerajaan negeri sudah mengarahkan semua PBT di negeri ini mengambil tindakan terhadap pusat hiburan keluarga berunsurkan perjudian yang masih ingkar terhadap undang-undang baru ini.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment