Penyokong JDT Jangan Lekas Putus Asa - TMJ


“Saya menyeru kepada semua penyokong Johor agar jangan lekas putus asa. Berikanlah masa kepada pasukan kita kerana banyak lagi yang perlu diperbetulkan. Teruskan sokongan tidak berbelah bahagi kita kepada pasukan kerana mereka juga amat memerlukannya.

Seandainya matlamat kita masih tidak tercapai, itu adalah salah saya dan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor, saya akan mengambil tanggungjawab tersebut demi pasukan kita.

Saya akan cuba perbetulkan apa jua kelemahan dan ingatlah bahwa pasukan Manchester City contohnya, mereka mengambil mas empat (4) tahun untuk mengecapi kemuncak kejayaan dan begitu juga Paris Saint Germain yang mengambil masa lebih tiga (3) tahun, itupun setelah membuat pelaburan yang besar terhadap pasukan.

Kesabaran membentuk sebahagian jatidiri keimanan kita, Perkara yang baik pasti akan menjelma untuk mereka yang sabar”.

- DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment