Pijak, Bakar Dan Kempen Boikot Barangan Jepun- Tindakan Orang Tak Bertamadun Dan Berintelektual Rendah


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyifatkan tindakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang menganjurkan boikot barangan Jepun selain beberapa ahli PKR yang memijak dan membakar logo bendera Jepun baru-baru ini sebagai berperangai yang tidak bertamadun dan berintelektual rendah. 

Pengerusi Biro Antarabangsanya, Dato’ Mohamed Hazali Abu Hassan berkata, kumpulan ini langsung tidak memahami atau buat-buat tak tahu mengapa  idola mereka, Anwar Ibrahim tidak dibenarkan masuk ke Jepun.

“Jika inilah perangai pemimpin-pelapis pelapis pembangkang, yang sudah dari muda menunjukkan kebiadapan dan sikap non-diplomatik mereka, bayangkan jika mereka berkuasa di negara ini di masa hadapan, sudah tentu sikap dan reaksi sebegini akan di bawa sebagai budaya mereka. 

Ini juga menunjukan bahawa mereka tidak menghormati perundangan negara luar dengan melakukan perkara tersebut kerana terlalu taksub dengan pemimpin mereka. Mungkin juga kerana sikap protes jalanan telah di guna pakai oleh Anwar sejak dari dahulu lagi,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.   

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan biadap tersebut, yang dapat mengeruhkan jalinan persahabatan dua hala antara Kuala Lumpur dan Tokyo.

Malaysia perlu menunjukkan kematangan politik dan kestabilan masyarakat secara menyeluruh di atas usaha Malaysia untuk mendapatkan sokongan dunia bagi merebut salah satu kerusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada tahun 2015.

“Sikap provokasi , tidak bertoleransi dan protes ala koboi di jalanan terhadap negara luar yang tidak bijak akan mengurangkan keyakinan negara dunia untuk memberi undi kepada Malaysia untuk bersama di dalam majlis ini.

Kita berharap semua pihak faham dan dapat memberikan kerjasasama yang baik terutamanya yang melibatkan hubungan antarabangsa , agar aspirasi Negara tercapai, yang juga telah mendapat mandat untuk mewakili negara ASEAN di UNSC pada penggal 2015-2017,” tambahnya.

Dalam perkembangan yang berlainan , merujuk kepada isu pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa di Sweden kerana didakwa memukul anak mereka, kami berharap pihak perkhidmatan sosial Sweden dapat memberikan hak penjagaan sementara kepada keluarga Islam yang telah di kenal pasti  oleh Wisma Putra di sana.

“Kami amat prihatin akan kebajikan dan kesejahteraan mereka terutamanya di dalam aspek Islam seperti solat dan permakanan halal. Kita juga berharap  bahawa pihak bertanggungjawab Sweden dapat mempercepatkan proses soal siasat ke atas pasangan En Azizul Raheem Awalludin dan isterinya agar dapat mencari jalan penyelesaian untuk kebaikan semua pihak ,” tambahnya.


Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment