Pindaan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor: PuteriUMNO Kecam Tindakan ADUN DAP


Pergerakan Puteri UMNO Malaysia hari ini mengecam tindakan tiga orang ADUN DAP yang akan mencadangkan pindaan ke atas Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata, kita melihat tindakan ADUN DAP ini seolah-olah cuba untuk mengeruhkan lagi keadaan dan mengugat keharmonian perpaduan antara kaum dan agama selain mencemarkan agama Islam di Selangor.

“Pergerakan Puteri akan mengadakan wacana ataupun dialog dengan melibatkan ilmuan agama, membuat penerangan tentang isu Kalimah Allah ini kerana kita tidak mahu ada orang yang tersalah tafsir atau mendapat maklumat yang salah mengenai apa yang berlaku.

Ada juga pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas isu ini, kerana kita tidak mahu isu ini berpanjangan dan mengugat keharmonian yang telah kita nikmati selama ini,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah.

Dalam masa yang sama, beliau tidak menafikan kemungkinan wujud ‘permainan atau provokasi’ oleh pihak-pihak tertentu khususnya pihak DAP yang mahu mengambil kesempatan isu Kalimah Allah ini untuk digunakan dan diputar-belitkan menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak, yang dijangka akan dibuat dalam masa dua tahun ini.

“Kita tahu mereka bijak mainkan strategi, tetapi saya tekankan di sini bahawa kita jangan melatah dengan apa yang dibuat oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini kerana kita nak pastikan keharmonian dan perpaduan kaum di dalam Negara kita ini tidak tergugat,” tambahnya. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment