PKR Semakin Desperado- Kaitkan Tun Mahathir Di Sebalik Kehancuran Kepimpinan Mereka

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah menyifatkan kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengheret nama Tun Dr Mahathir Mohamad berkonspirasi untuk menjatuhkan kepimpinan negara adalah berniat jahat, kebudak-budakan dan melulu.

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Pemuda UMNO Kedah percaya kenyataan ini dibuat atas situasi terdesak ataupun "desperado" dan bertujuan meredakan kemarahan penyokong parti dan ahli-ahli pakatan pembangkang di atas perletakan jawatan ADUN Kajang akibat krisis dalaman politik negeri Selangor yang semakin meruncing.

“Melihatkan reputasi saudara Rafizi yang sering menipu dan mengadu domba, Pemuda Kedah menasihatkan agar pimpinan PKR pusat mengkaji semula kedudukan Rafizi kedudukan Rafizi sebagai Pengarah Strategi PKR yang sepatutnya membuat kenyataan yang lebih bertanggungjawab berlandaskan fakta dan bukti-bukti yang kukuh.

Pemuda Kedah juga menyifatkan perumpamaan Erdogan dan Jokowi adalah fantasi politik yang ingin disajikan kepada penyokong parti mereka dan ahli-ahli pakatan pembangkang yang semakin hari semakin hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok.

Jesteru itu, Pemuda UMNO Kedah mencabar dan mendesak Rafizi untuk mendedahkan siapa dalang dan individu yang merancang konspirasi menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

“Kedua, apakah butir-butir dan perancangan pihak-pihak yang terlibat bagi mengerakkan gerakan konspirasi menggulingkan Perdana Menteri.

Pemuda UMNO Kedah percaya kegagalan Rafizi mendedahkan dua persoalan di atas akan membuktikan lagi asas bahawa PKR kini berada di dalam krisis kepimpinan dan keyakinan yang amat teruk sehingga cuba mengheret UMNO utk menjadi "kambing hitam" bagi mengaburi kelemahan mereka.


Kegagalan Rafizi menjawab persoalan di atas juga akan menguatkan lagi imej beliau sebagai penipu, penfitnah, pengadu domba dan jesteru itu tidak selayak beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Strategi parti PKR,” tambahnya. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment