PM Dicemuh, Diperlekeh Dan Di’booo’ - Mana Budi Bahasa & Budaya Masyarakat Timur Kita


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini melahirkan kekhuatirannya dengan sikap segelintir masyarakat kita yang sudah mula tidak melambangkan budaya ketimuran kita selama ini yang kaya dengan budi bahawa.

EXCO Pemuda, Iskandar Jaafar berkata, slogan yang diterapkan kepada kita selama ini `Budi Bahasa Budaya Kita’, telah nampak mula tercemar apabila pemimpin utama kita sendiri, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak mula diperlekehkan dan dicemuh oleh masyarakat kita tidak kira di mana termasuk di warung-warung kopi, pejabat, media sosial dan pelbagai medium lain apabila contoh kangkung yang diberikannya baru-baru ini.

“Malah baru-baru ini, Datuk Seri Najib dan isterinya telah dimalukan dengan ungkapan ‘boooo’ semasa penyampaian hadiah Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia baru-baru ini oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai sentimen selain semangat cintakan Negara.

Perkara ini tidak sewajarnya berlaku dan berterusan apatah lagi kepada pemimpin-pemimpin kita. Di mana dan ke mana hilangnya nilai murni dan etika kita sebagai warganegara ini untuk menghormati pemimpin,” ujarnya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Ujarnya yang juga Pengerusi Biro Sosial Dan Etika Pemuda UMNO, impak kepada sikap dan budaya kebencian yang telag diracun oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini bakal menjadi barah dan memusnahkan generasi akan datang malahan keharmonian integrasi antara kaum juga boleh diganggu-gugat.

“Siapa generasi akan datang? Anak-anak kita, cucu-cucu kita. Cuba kita kenang wajah mereka ini dalam keadaan masa akan datang sekiranya perkara ini tidak dikawal dan dibendung.

Kita sebagai generasi hari ini pula menunjukkan sikap yang beremosi dan tidak diplomatik dalam menangani sesuatu hal, maka natijahnya nanti kita akan ditampar dengan budaya dan bahasa moden serta mungkin perkataan kesat yang kita kadangkala tidak mampu mengjangkanya keluar dari mulut mahupun tindakan seorang anak.

Kita tidak mahu perkara ini berterusan, kita tidak mahu generasi akan dating musnah. Jangan kita meletakkan sesuatu perkara itu melampaui batasan dengan mengambil tindakan dan mengemukakan kenyataan terutamanya yang berkaitan samaada antara kaum, antara agama mahupun pemahaman politik,” tambahnya lagi.

Tambahnya lagi, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia percaya kepada demokrasi Kerajaan Berpelembagaan melalui pilihan rakyat. Kita hormat semua pemimpin kerajaan dan pembangkang kerana pemimpin yang wujud hari ini adalah pilihan rakyat.

“Kita juga tidak mahu isu-isu yang melibatkan integrasi kaum dan agama, antaranya cikgu Muslim yang diminta membuka tudung dan Kalimah Allah ini berpanjangan dan dipolitikkan yang mana ianya boleh memberi musibah kepada kita, rakyat Malaysia kelak.

Kami mendesak sekeras-kerasnya kepada mereka yang tidak bertanggungjawab membakar semangat kebencian kepada Perdana Menteri dan kepimpinan Negara agar berhenti dari membuat sebarang tohmahan, fitnah, ejekan dan cerita pasar ini agar keharmonian, kestabilan ekonomi dan kemajuan yang kita capai selama ini dapat kita pelihara bersama.


Bukan sahaja kita mahu dihormati dalam Negara malahan kita perlu bersama memastikan Negara kita dihormati di seantero dunia. Kita focus kepada pembangunan Negara agar semua rakyat merasai nikmat kemajuan Negara,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan kawasan Jabi, Terengganu. 
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

7 Komen

  1. Anonymous
    4:21 PM

    aku dah kata puak2 ni harus diajar, jgn diberi muka..trend politik sebelum pru13 dan pru 14 akan dtng tak akan berubah. Pembangkang akan teruskan momentum kurang ajar, biadap, fitnah, dll.

  2. Allah tu maha adil. sejak 2 minggu lepas puak pembangkang dok lekeh dan olok2kan pm dgn kangkong, semalam bos defakto dorang pulak kena halau balik tak boleh masuk jepun. malu satu dunia woi...

  3. Anonymous
    4:44 PM

    Ini tanda menunjukkan Ahjibgor kangkong sudah ketinggalan ZAMAN,hari selepas PRU13 bila 97% orang Cina sudah tidak sokong dia walaupun pun si Ahjibgor melutut kepada mereka dengan memberi macam2 imbuhan,orang cina sudah tahu dia seprang peminpin yang lemah. Bangsa cina tidak suka dan respect orang yang lemah. Kita patut tanya kepada Ahjibgor Kangkong setelah membuat apa yang di suruh oleh consultant $7.2billion nya, mengapa rakyat masih tidak suka dan hormat nya? Inilah akibat nya mengambil nasihat dari pakar komunikasi Idris Jala untuk nasihat nya dalam bidang ekonomi.

    alfie

  4. Anonymous
    6:12 PM

    Semuanya salah najib juga. Terlalu berlembut dan lebih nak menjaga hati kaum cina. Sekarang terima je la.

  5. Anonymous
    6:48 PM

    Orang kutuk dan hina Islam dan Melayu, Najib membisu, nak jaga sangat bangsa asing sampai sekarang Melayu pula kutuk Melayu sendiri,PAS,PKR dan UMNO masing-masing dibuai mimpi lagi,DAP lantang bersuara disambut oleh MCA pula, apa nak jadi dengan Melayu ni?

  6. Anonymous
    8:27 PM

    umno kangkong. ini petanda rakyat melaut dgn umno yg suka membazir harta rakyat.

    nasib hanya diBOO kalau dibaling telur busuk atau selipar baru padan muka

    umno memang kongkang

  7. Hentikan pemberian yg tidak berfaedah umpama br1m. Cairkan duit it utk cover subsidi. Lebih ramai rakyat yg merasa. Kalau bg pun tak menyokong, baik fokus kpd ahli2 bn yg ramai lg hidup tak menentu pendapatannya. Cakap akar umbi patut didgr. Bukan ckp Pembangkang yg sibuk nak dijaga. Jgn sampai penyokong pun jd bosan dan menyampah tgk pemimpin diatas.

Post a Comment