Rafizi Sengaja Heret & Kaitkan Tun Mahathir – Strategi Haprak PR Tutup Kepincangan Parti Sendiri


Bagi menutup kesilapan dan tindakan mengosongkan kerusi DUN N25 Kajang tanpa sebarang alasan yang kukuh, Rafizi Ramli selaku Pakar Strategik PKR membuat tuduhan tanpa asas dengan meletakkan kesalahan tersebut kepada UMNO. Tindakan memainkan politik melalui persepsi ini sememangnya menjadi strategi utama PKR sejak dahulu lagi bagi melahirkan perasaan benci rakyat kepada kerajaan dan UMNO.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, tidak cukup sekadar itu sahaja, Rafizi turut mengheret Tun Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri dalam menutup krisis kepimpinan PKR terutamanya di negeri Selangor. Sekiranya benar telahan Rafizi yang mana Tun Mahathir merancang percaturan untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, pastinya waktu yang paling tepat adalah dalam Pemilihan UMNO baru-baru ini.

“Agenda meracuni fikiran rakyat yang dilakukan oleh PKR selama ini sememangnya telah menampakkan hasil khususnya kepada pengundi-pengundi berbangsa Cina dalam PRU 13 baru-baru ini. Rafizi terlalu yakin bahawa apa sahaja fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan dan UMNO akan diterima oleh rakyat tanpa ada persoalan.

Rafizi perlu sedar bahawa agenda peribadi Anwar Ibrahim dan PKR yang cuba menutup kelemahan dan kecelaruan kepimpinan di negeri Selangor sehingga perlu mengorbankan DUN Kajang adalah kerana kesilapan sendiri. Dalam mereka sentiasa menghiburkan telinga rakyat terhadap pembaziran duit rakyat yang akhirnya mereka sendiri lakukan seperti ‘meludah ke langit’,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Rafizi seharusnya perlu mengakui kelemahan parti sendiri dalam soal kepimpinan dan ketidakmampuan pentadbiran di negeri Selangor tanpa memperjudikan harapan pengundi di DUN Kajang serta jauh sekali menuding jari kepada pihak lain. Pendirian dan tindakan PKR Selangor ini juga turut dipertikai oleh PAS sendiri.

Kenapa perlu Anwar Ibrahim sanggup menjadi kuda tunggangan Azmin Ali bagi menangani Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar. Adakah ketandusan atau ketidaklayakan barisan kepimpinan PKR yang ada pada hari ini sebagai penyebab utama, melihat kepada kebijaksanaan Rafizi dalam memutarbelitkan isu dan mencelarukan fikiran rakyat adalah lebih baik dia sendiri bertanding di DUN Kajang tersebut untuk mengambilalih jawatan Menteri Besar.


“Rafizi diingatkan jangan meletakkan kelemahan sendiri di atas bahu orang lain seperti kenyataan yang dibuat. Jangan sampai kerosakan rumahtangga sendiri, orang lain yang dituduh. Kerana amalan politik kotor seperti ini tidak akan mampu mematangkan fikiran rakyat,” ujarnya lagi. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    6:20 PM

    Rafizi or Rapussy sayang kan Anwar. and we know why lah kan....miawwwww.
    Tu yang beria nak bersih kan imej Anwar.
    Smlm mengaku dia punye idea utk PRK Kajang supaya kemarahan rakyat tak di tujukan ke Anwar.
    Skrg nak tuduh Tun M pulak nak hancurkan Najib.
    First...Tun M bukan mcm PKR nak main belakang. Kalau Tun M tak suka dia bantai depan2 jer. And citer ni dah lama dah ..kalau nak buang Najib pun masa pemilihan UMNO aritu dah buat ok.
    Kalau ye pun betul Rafizi tu apahal lak kena mengena dgn Kajang?

Post a Comment