Tutup Pusat Giat MARA Bukan Perkara Baru Di Selangor


Cadangan Penutupan Pusat Giat MARA Selayang baru-baru ini oleh kerajaan negeri Selangor bukanlah satu  perkara yang dibuat oleh mereka, sebaliknya telah berlaku berulang kali dalam sejarah pendidikan di negeri ini.

Presiden Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangoor (KPPMS Muda), Azwan Mat Yassir berkata, penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor milik PKNS di Bagan Terap, Sabak Bernam pada tahun 2010 menjadi permulaan kepada kerakusan kerajaan negeri untuk menutup satu-persatu pusat pendidikan peluang ke-2 untuk pelajar-pelajar khususnya orang Melayu di negeri ini.

"Dulu IKYS, sekarang Pusat Giat MARA, selepas ini siapa pula yang jadi mangsanya? Tindakan menutup Pusat Giat MARA ini seolah-olah kerajaan negeri mahu menutup peluang kedua kepada para pelajar yang kurang bernasib baik atau pelajar yang kurang dari segi akademiknya.

Namun semenjak pakatan mentadbir Selangor, sedikit demi sedikit kelebihan yang ada pada orang Melayu ditarik oleh kepimpinan kerajaan negeri khususnya DAP atas dasar tiada kepentingan untuk semua kaum," ujarnya yang juga AJK Majlis Belia Selangor.

Tambahnya, KPPMS tak mahu apa yang berlaku di Merbau Berdarah berulang. Pusat Giat MARA dipindahkan tetapi tapak asal tidak dimanfaatkan.

Akhirnya tapak Pusat Giat MARA Merbau Berdarah ini tinggal jadi sarang penagih dadah. Dari satu pusat menimba ilmu akhirnya jadi projek gajah putih yang tidak memberikan apa-apa makna khususnya kepada anak Selangor.

"Pengurusan Giat Mara Sabak Bernam telah dihalau keluar dari premis milik Majlis Daerah Sabak Bernam selepas tempat asal mereka di Pekan Sungai Besar diambilalih untuk menjadi stor penguatkuasa MDSB.

Premis yang terletak di Merbau Berdarah, Sungai Panjang itu kini sudah menjadi gajah putih dengan tidak terpelihara kawasan tersebut. Apakah motif sebenar pengusiran Giat Mara dari premis MDSB?," tambahnya.

Ujarnya, kalau kilang haram boleh diwujudkan jawatankuasa untuk pemutihan dan pemilikan, kenapa layanan yang sama tidak diberikan kepada Pusat Giat MARA ini.

"Jika ada cukai yang tertunggak, kutiplah. Kalau perlu dikenakan sewa, maka kenakanlah, bukannya menghalang anak-anak kita nak belaar. Jangan jadikan anak-anak ini sebagai bahan ujikaji makmal politik pakatan pembangkang," tambahnya.

Dalam masa yang sama, Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia, Syed Anuar Syed Mohamed berkata, Kerajaan negeri Selangor dilihat terlalu rakus di dalam menguruskan kuasa sehingga menidakkan hak rakyat yang lemah akademik untuk mendapatkan kemahiran demi kerjaya mereka.


"Di manakah slogan negara berkebajikan yang dilaungkan oleh pakatan DAP-PKR-PAS ini. Walaupun kerajaan negeri berhak menutup premis tersebut, namun sepatutnya pertimbangan perlu yang lebih rasional demi masa depan pelajar yang gagal dalam akademik," ujarnya yang juga Presiden Alumni GPMS Malaysia. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment