Tutup Pusat GiatMARA, Satu Lagi Penindasan Terhadap Orang Melayu Di Selangor

Rakyat Selangor khususnya orang – orang Melayu seharusnya membuka mata dan melihat penindasan yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor terhadap orang Melayu di negeri itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, Pusat Giat MARA yang telah beroperasi selama 21 tahun sejak 1993 di Selayang untuk membantu anak melayu dalam bidang kemahiran setelah tamat persekolahan atas usaha Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini diusir satu persatu di Selangor untuk kepentingan politik dan perniagaan Pakatan Rakyat.

Terbaru adalah Pusat Giat MARA di Selayang.

“Cadangan kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor menyerahkan tapak Pusat Giat MARA Selayang kepada “Selangor State Investment Centre (SSIC Berhad)”, bagi tujuan komersil sebagai Pusat Membaik Pulih Pesawat adalah lebih bermotifkan keuntungan perniagaan dan menidakkan usaha MARA untuk melahirkan lebih banyak modal insan dalam kemahiran vokasional.

Berdasarkan pemerhatian, kawasan tersebut adalah kawasan perumahan dan kawasan riadah disekitar turut diambil bagi tujuan yang sama. Agenda mereka jelas, iaitu cuba mengaut keuntungan seberapa banyak yang boleh dan pada masa yang sama menghalang usaha membantu melahirkan lebih banyak bumiputera dalam bidang kemahiran vokasional,” ujarnya mengulas penutupan Pusat GiatMara Selayang.

Tambahnya, dengan cara ini mereka akan dapat memenangi hati masyarakat bukan bumiputera dan golongan kapitalis walaupun pada masa yang sama mereka bersorak  untuk membela rakyat.


“Hipokrasi sebegini terus berleluasa dan saya kesal kerana wakil rakyat DUN Templer yang ada gagal membela nasib melayu yang tertindas. Ini baru sekelumit kecil tindakan mereka, kita khuatir selepas ini lebih banyak tempat atau kawasan untuk melahirkan anak bangsa berjaya akan terus diragut dan dirampas demi kepentingan poket dan politik mereka,” ujarnya lagi. 
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    7:46 PM

    Bagus juga ditutup. Barulah melayu sedar jasa umno. Selalunya budak-budak muda di Selangor ni kata UMNO zalim. Sekarang siapa zalim. Undi la lagi DAP tu. _Padan la muka.

Post a Comment