Kenyataan Media
UMNO Selangor
Menyokong Tindakan JAIS
1. UMNO Selangor
merujuk kepada isu penggunaan Kalimah Allah dan rampasan Bible yang dilakukan
oleh JAIS baru-baru ini yang menjadi pertikaian beberapa pihak.
2. Semua rakyat yang
tinggal di Selangor mesti faham bahawa Selangor mempunyai undang-undang yang
wajib dipatuhi dan menghormati Sultan sebagai Ketua Agama Islam. UMNO Selangor
ingin tegaskan disini bahawa isu yang berlaku di Selangor sekarang berdasarkan kepada
Enakmen Agama Bukan Islam ( Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam ) yang
telah diwartakan pada tahun 1988 yang melarang orang bukan Islam di Selangor
dari menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka, termasuk
"Allah", "Nabi", "Injil" dan
"Insya'Allah". Undang-undang ini telah dikuatkuasakan sejak 26 tahun
yang lalu dan hanya terpakai di negeri Selangor dan tiada kaitan dengan
negeri-negeri yang lain.
3. UMNO Selangor
bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor dan
percaya mereka telah menjalankan tugas berlandaskan undang-undang yang sedia
ada. Pada November lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah,
bertitah penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan penerbitannya dalam akhbar
mingguan The Herald versi bahasa Melayu, perlu dihentikan serta-merta di negeri
Selangor.
4. Enakmen 1988 ini
telah dikuatkuasakan semenjak 26 tahun yang lalu dan kita sedia maklum tiada
masalah yang berlaku dan inilah bukti bagaimana kehormanian antara agama diperlihara
dan membolehkan kita hidup dengan aman dan tenteram.
5. Kenyataan Paderi
Andrew jelas mencabar undang-undang yang sedia ada dan menderhaka kepada Sultan
. Beliau tidak perlu bersikap biadap kerana undang-undang ini telah diguna
pakai semenjak sekian lama. Kalimah Allah telah lama dilarang digunakan dalam
apa juga bahasa apatah lagi di dalam Bahasa Malaysia. Kenyataan beliau boleh
menimbulkan kemarahan orang Islam di Selangor dan tidak mustahil perkara diluar
jangkaan boleh berlaku..
6. UMNO Selangor
meminta pihak polis supaya meneruskan siasatan kerana mereka telah diberi kuasa
dibawah Seksyen 10 Enekman 1988 untuk mengambil sebarang tindakan. Penyiasatan
harus disegerakan supaya mereka yang melanggar undang-undang dibawa ke muka
pengadilan.
7. UMNO Selangor
mengucapkan tahniah kepada Jabatan Agama Islam Selangor dan pihak polis yang
cekap bertindak dan kerajaan negeri perlu tegas menyokong tindakan yang
dilakukan JAIS kerana Enakmen 1988 ini masih lagi merupakan undang-undang yang
sah di negeri Selangor.
8. UMNO Selangor
tidak bersetuju mana-mana pihak mengadakan sebarang himpunan di gereja kerana
boleh menimbulkan salah tafsir di kalangan rakyat dan boleh menggugat
keharmonian kebebasan beragama di negeri Selangor.
9. UMNO Selangor akan
terus memantau perkembangan isu ini dan mahu kerajaan Selangor bertindak tegas
berdasarkan undang-undang dan jika keadaan memerlukan UMNO akan mengadakan
himpunan Melayu Selangor supaya Enakmen 1988 ini dipertahankan dan perintah
Sultan di hormati.
Datuk Seri Noh Omar
Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Negeri Selangor.
0 Komen