Anwar MB Selangor, Satu Penghinaan Buat Orang Selangor


Tamparan hebat buat orang Selangor, jika Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh yang beribu batu dari Selangor, dilantik sebagai Menteri Besar Selangor jika menang dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, 23 Mac ini, ujar Pengerusi UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Ujarnya, memang betul dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor tidak menyebut untuk menjadi Menteri Besar Selangor merupakan anak Selangor.

"Tetapi dalam kita hidup ini, selain undang-undang bertulis, kita juga macam orang Melayu cakap, kita ada budaya kita ataupun comman law. Walaupun ianya tidak ditulis, tetapi ianya sudah menjadi amalan yang diterima di negeri Selangor, seperti kalau nak jadi Menteri Besar Selangor kenalah anak negeri Selangor sebab Selangor ini merupakan negeri yang ada Sultan.

Jadi mengapa orang lain pula yang datang untuk mencorakkan negeri Selangor, sekurang-kurangnya Tan Sri Khalid Ibrahim merupakan anak Selangor.



Jadi sebagai anak Selangor saya rasa ini satu penghinaan kepada orang Selangor apabila orang lain pula yang nak datang mentadbir dan mencorakkan negeri Selangor,” ujarnya.

Jadi, ura-ura mengatakan Anwar Ibrahim akan menjadi Menteri Besar Selangor bukanlah bertujuan untuk menyelesaikan masalah kepimpinan kerajaan negeri dan parti PKR di Selangor khususnya dalam kemelut Khalid Ibrahim dan Azmin Ali.

"Ini semua adalah matlamat Anwar. Dia mungkin juga nak gelaran Yang Amat Berhormat, jadi dia dapat YAB Menteri Besar sahajalah. Dia nak jadi Perdana Menteri tak dapat, jadi dapat gaji lebih dari Perdana Menteri pun dah okeylah. Sebab jadi MB Selangor ini gajinya lebih besar dari gaji Perdana Menteri.

Tapi saya rasa dia ada agenda yang lebih besar di negeri Selangor, dia ada majoriti dua pertiga di Selangor, jadi dia boleh pinda Perlembagaan Negeri yang mungkin dalam Perlembagaan Negeri itu yang mungkin tidak disenangi oleh DAP, contohnya kalau nak jadi Menteri Besar Selangor mestilah orang Melayu dan beragama Islam.


Itu mungkin tidak disenangi oleh DAP, sebab kalau tidak ada peruntukan tersebut, yang mungkin jadi Menteri Besar Selangor ialah dari DAP memandangkan mereka mempunyai 15 orang wakil berbanding PKR yang mempunyai 14 wakil di Selangor," ujarnya yang juga Pengerusi BN Selangor. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment