BN Tiada Sebarang Pakatan Dengan Calon Bebas Dalam PRK Kajang


Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai sebarang pakatan dengan mana-mana calon yang bertanding atas tiket bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23 Mac ini.

Sebaliknya, Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno dan rakan-rakan parti komponen BN akan membantu calon BN iaitu naib presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun untuk memenangi kerusi tersebut.

BN adalah pembangkang di Selangor dan kempen-kempen yang dijalankan adalah sebagaimana tindakan sebuah parti pembangkang, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Kenduri 1 Wilayah Persekutuan peringkat Parlimen Lembah Pantai, di sini hari ini.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata walaupun BN adalah bukan pilihan tetapi akan berusaha untuk merampas kerusi tersebut daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Kerusi DUN Kajang kosong selepas wakil rakyatnya Lee Chin Cheh dari PKR  meletak jawatan pada 27 Jan lepas untuk memberi laluan kepada Ketua Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment