DUN Johor Calon Adam Sebagai Anggota Dewan Negara

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini bersetuju memilih bekas Ketua UMNO Bahagian Kulai Datuk Adam Abdul Hamid untuk dilantik sebagai Anggota Dewan Negara.

Persetujuan dibuat selepas usul memilih beliau dicadangkan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada persidangan DUN Johor ke-13 di Kota Iskandar di sini.

Cadangan Mohamed Khaled disokong Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Md Jais Sarday sebelum dipersetujui ahli dewan lain.

Mohamad Khaled berkata Adam, 64, yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Johor pada tahun 1982, merupakan seorang individu yang disegani dan disenangi rakyat pada semua peringkat.

Adam dipilih sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Tenggara pada 1986 sebelum dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Johor pada 1987.

Karier politik beliau bermula apabila dilantik sebagai Exco Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Ulu Langat pada 1974 sebelum dilantik menjadi Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Pontian pada 1985, dan Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Pulai pada 1987 serta Ketua Umno Bahagian Senai pada 1989.

Adam juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dari tahun 2004 sehingga 2008.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment