INTER JOHOR FIRMS


Mereka digelar samseng bolasepak hanya kerana dikatakan berpakaian bagai puak holligan/firms luar negara yang sering mencetuskan huru-hara dalam perlawanan bolasepak. Mereka dikatakan angkuh dan bongkak serta tidak punya semangat kesukanan kerana kononnya mereka lebih suka terlibat dalam pergaduhan. Mereka juga dikaitkan dengan apa sahaja yang negatif seandainya berlaku perkara yang tidak elok samada didalam mahupun luar stadium.

Tetapi adakah anda mengenali siapa Inter Johor Firms (I.J.F.) yang sebenarnya? Tahukah anda akan bagaimana mereka berjuang demi keselamatan anda sebagai penyokong Johor? Pastikah anda bahawa setiap kekecohan itu bermula dari mereka sendiri? Atau benarkah mereka ini memang benar-benar pertubuhan samseng?

Sumber yang kami kenali pernah memberitahu bahawa I.J.F memang meniru kumpulan holligan/firms luar negara tetapi bukanlah 100% sehingga segala yang negatif turut diikuti. Mereka juga adalah peminat bolasepak Johor Darul Ta'zim yang mengikuti hampir setiap perlawanan bolasepak yang membabitkan Johor. Mereka juga adalah benteng bagi pasukan penyokong Johor sebagaimana yang berlaku di Stadium Lumut, Perak dan juga Stadium Darul Makmur, Pahang pada tahun lepas. Itu pun sekiranya ada antara anda yang masih mengingati peristiwa tersebut.

Kini mereka sekali lagi dikaitkan dengan aktiviti samseng bolasepak dimana jika dikaji semula dari sudut logik, banyak perkara yang tidak sepatutnya mereka yang dipersalahkan. Dimana pula kita ketika mereka perlukan sokongan dari kita? Mereka dibenci oleh penyokong luar itu tidak mengapa, tetapi jika penyokong Johor juga mempersalahkan kehadiran mereka... itu bermakna anda belum mengenali siapa mereka sebenarnya!

Pesanan mereka hanya satu...
NO ONE LIKE US, WE DONT CARE


Photo : The Photoshooterz
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    4:17 PM

    syok sendiri...buang masa... baik buat OT.. dpt duit lebih.. yg join bnd2 mcm ni jenis terlebih masa lapang..haha

  2. Anonymous
    7:17 PM

    Baik join benda mcm ni dpd gi join demo yg Bkn2...duduk baring atas jln duduk berdiri tepi jln utk soking peliwat...banganag

Post a Comment