Kajian Bodek Anwar - 576 Responden Wakili 39,278 Pengundi Gembira Anwar Nak Jadi MB


Kajian mengatakan rakyat Kajang gembira untuk mendapat menteri baru, yang dibuat oleh Kajian Pusat Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) merupakan satu kajian yang cukup tidak masuk akal dan boleh diterima sebagai kajian ilmiah, jadi Anwar Ibrahim dan parti PKR janganlah cepat berpuas hati dengan kajian yang mem’bodek’ tersebut.

Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abd Aziz berkata, tak mungkin dengan hanya 576 orang responden sahaja, boleh mengambarkan rakyat Kajang yang gembira dengan penawaran diri Anwar Ibrahim untuk bertanding di DUN Kajang pada pilihan raya kecil, 23 Mac ini dengan harapan untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

“Kalau dia jumpa 1000 orang ahli UMNO di kawasan Kajang pun dah semestinya akan menolak Anwar untuk menjadi ADUN mahupun sebagai Menteri Besar Selangor.

Jadi, sejauh mana relevannya kajian ini kalau 576 responden yang terlibat dalam kajian ini mewakili suara 39,278 pengundi yang layak untuk keluar mengundi pada 23 Mac ini,” ujarnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor.

Tambahnya, kajian ini sedikit pun tidak mengentarkan semangat jentera BN untuk mengekang asakan jentera PKR nanti, sebaliknya ia memberikan kekuatan kepada BN untuk memastikan Anwar bukan sahaja akan mendapat laluan sukar malah mungkin akan ‘berputih mata’ untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Terdahulu, Kajian Pusat Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati pengundi menyokong PRK DUN Kajang diadakan untuk member laluan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor.


Dalam kajian tersebut, 576 responden telah dipilih dari pelbagai latar belakang dengan 59 peratus darinya menyatakan keperluan PRK ini untuk memboleh Anwar jadi Menteri Besar manakala 17 peratus tidak bersetuju dan 24 peratus lagi tidak pasti. 
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment