Kerajaan Johor Pertimbang Pembenihan Awan Jika Paras Air Di Empangan Kritikal - @khalednorden


Kerajaan Johor akan mempertimbangkan langkah untuk melakukan pembenihan awan sekiranya paras air di empangan yang terjejas bertambah kritikal sehingga mengganggu bekalan air terawat di negeri ini.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan negeri akan mengambil pendekatan itu sekiranya keadaan memerlukan dan tiada cara lain untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air.

"Kalau itu memang satu pendekatan yang tidak boleh dielak, maka, kita akan pertimbangkannya terutama di Kluang. Itu semua dalam pertimbangan, namun, syarikat pembekal air utama sedang mengambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor Datuk Ir Hasni Mohammad pula berkata kerajaan negeri mengambil langkah berjaga-jaga dengan memaklumkan kepada semua pihak di peringkat daerah melalui mesyuarat tindakan daerah supaya memantau keadaan selain melaksanakan bekalan air berjadual.

"Setakat ini, paras air di 15 empangan yang membekalkan sumber air bersih di seluruh Johor berada pada tahap yang normal kecuali Empangan Sembrong Timur di Kluang yang paras airnya berada lebih rendah daripada tahap kritikal," katanya.


Beliau berkata sehubungan itu, Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd sudah mengambil langkah berjaga-jaga di Kluang dengan membekalkan bekalan air bersih secara berjadual sehingga 18 Mac depan di kawasan yang terjejas yang membabitkan 150,000 keluarga.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment