Mereka Yang Ditolak Permohonan BR1M Boleh Kemuka Rayuan - Ahmad Maslan


Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditolak permohonannya boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk dipertimbangkan semula.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata mereka boleh berbuat demikian dengan mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman sesawang LHDN di www.hasil.gov.my atau terus ke pejabat LHDN berhampiran.

Menurutnya kerajaan sentiasa berusaha menambah baik pemberian BR1M untuk mengurangkan bebanan rakyat dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup pada masa kini, sekali gus menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan mereka.

Untuk BR1M 3.0 yang mula diagihkan hari ini, kerajaan memperuntukkan RM4.6 bilion yang memberi manfaat kepada 7.9 juta penerima dan antara penambahbaikan yang dilakukan ialah memperluas pemberian kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000.


Selain itu kerajaan turut memperkenalkan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) bernilai RM50 kepada penerima isi rumah BR1M dengan nilai perlindungan minimum RM1,000 (kematian biasa) dan maksimum RM30,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment