Moral, Intergriti Dan Pengundi Wanita Kelebihan BN Lenyapkan Keangkuhan Anwar

Mampukah Chew Mei Fun Menumbangkan Raksasa Rakus Bernama Anwar Ibrahim Di Kajang, 23 Mac nie?

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun merupakan calon terbaik MCA untuk ditampilkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Kajang, 23 Mac ini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pandan, Muhammad Faizal Supar berkata, Chew Mei Fun seorang yang berprinsip dan berintegriti, jadi soal kemampuan calon BN untuk menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Kajang bukanlah satu keutamaan, sebaliknya semua jentera BN harus bersama-sama membantunya untuk menewaskan Anwar Ibrahim ini.

“Dari segi moral, Chew Mei Fun lebih bermoral berbanding Anwar Ibrahim, dan dalam masa yang sama, MCA baru sahaja menyaksikan kepimpinan baru yang diterajui Datuk Seri Liow Tiong Lai, jadi tidak mustahil MCA sendiri akan tampil habis-habisan untuk memenangkan calon mereka yang juga merupakan pemimpin kanan dalam MCA.

Muhammad Faizal Supar
“Ini memang merupakan ujian pertama MCA, tetapi calon yang bertanding nanti ialah calon yang mewakili BN, jadi kita sendiri akan turun sebagai jentera BN bagi memastikan Anwar Ibrahim berputih mata untuk menang seterusnya menduduki kerusi Menteri Besar yang diidam-idamkan beliau,” ujarnya. 

Tambahnya, pemilihan Chew Mei Fun juga merupakan peluang terbaik memandangkan di Kajang, hampir 50 peratus pengundi merupakan pengundi wanita.

“Pemuda BN Selangor akan ingatkan pengundi Kajang, apakah tujuan Anwar bertanding di situ, kenapa beliau perlu mengambil kerusi Lee Chin Cheh dan tidak memilih kerusi lain. Sejak dari awal lagi sudah jelas matlamat Anwar adalah untuk kuasa, tetapi tidak disentuh mengenai khidmatnya kepada rakyat Kajang.

“Kita juga nak ingatkan kepada PKR khususnya Ketua Wanita PKR agar berpijak di bumi yang nyata sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan-kenyataan yang bodoh, kerana kenyataannya mengaitkan Chew Mei Fun sebagai ‘kambing hitam’ BN untuk lawan Anwar kerana PKRlah yang telah ‘mengambing hitamkan’ rakyat khususnya pengundi di Kajang untuk memenuhi nafsu serakah Anwar Ibrahim.

“Rakyat telah diheret dalam masalah dalaman PKR. Oleh itu, pengundi Kajang perlu bijak buat pilihan siapakah pemimpin yang boleh mereka harapkan. BN telah buktikan komitmennya selama ini. Oleh itu, saya menyeru rakyat Kajang gunalah kuasa yang ada pada mereka untuk menolak budaya politik Anwar dan PKR seperti ini yang merugikan rakyat dan negara,” ujarnya lagi.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh bagi membuka jalan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam PRK itu.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment