Pemain, pegawai JDT tak perlu bersumpah


Pemain Johor Darul Tazim (JDT) dan pihak pengurusan pasukan itu tidak perlu mengikut langkah pemain dan pengurusan T-Team yang mahu mengangkat sumpah al-Quran seperti diminta oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohamad Aziz berkata, tindakan itu tidak perlu dilakukan kerana dikhuatiri akan mencemar kemuliaan kitab suci tersebut hanya kerana perlawanan bola sepak.

Sebagai orang lama, saya nasihatkan agar tindakan tersebut (mengangkat sumpah al-Quran) tidak dibuat kerana bimbang kemuliaan kitab suci al-Quran dicemari.

Apatah lagi, sumpah yang mahu dilakukan itu hanyalah disebabkan satu perlawanan bola sepak," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahmad yang mahu kesemua pemain dan pihak pengurusan T-Team mengangkat sumpah ekoran kecewa dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang memberikan kemenangan 3-0 kepada JDT.

Ia berpunca daripada insiden pergaduhan dalam pusingan kedua Piala FA membabitkan kedua-dua pasukan sehingga perlawanan berkenaan ditangguhkan apabila pasukan T-Team enggan meneruskan permainan masa kedua.

Mohamad turut menyifatkan perseteruan seperti itu adalah sesuatu yang negatif dan tidak seharusnya dibiarkan berpanjangan kerana boleh mencipta sentimen kebencian antara rakyat yang berasal dari negeri berbeza di negara ini.


Objektif utama setiap sukan pastinya untuk mengeratkan hubungan dan silaturahim antara pihak terlibat, tetapi sekiranya perkara ini dibiarkan berlarutan, acara ini akan menimbulkan suasana sebaliknya.

Perasaan benci akan timbul terhadap mereka yang lahir dari negeri berbeza, sedangkan kita semua adalah warganegara Malaysia," kata bekas Ahli Parlimen Sri Gading itu sambil berharap semua pihak dapat menerima keputusan yang dibuat oleh FAM dan melihatnya sebagai adat dalam sesuatu pertandingan.

Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong Johor, Azlan Afandi Saufee Afandi menasihatkan penyokong JDT supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan diri apabila hadir memberi sokongan ketika menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan kesayangan mereka khususnya apabila berkunjung ke stadium lawan.

Apa yang paling penting, setiap peminat harus mematuhi arahan dan peraturan yang diberikan oleh pihak polis dan pegawai keselamatan sewaktu menyaksikan mana-mana perlawanan.

Peminat juga dinasihatkan agar jangan memulakan sebarang provokasi sama ada dalam bentuk percakapan mahupun perbuatan bagi mengelak berlakunya insiden tidak diingini," katanya sambil mengakui pasukan JDT dan peminat mereka kini sering menjadi sasaran ekoran beberapa insiden yang tercetus kebelakangan ini.


*** Bola jer pun, tak payahlah nak gaduh-gaduh, TMJ harus mengambil berat mengenai sikap segelintir penyokong2 JDT yang sengaja menimbulkan kekecohan ..... ianya akan menjejaskan nama baik TMJ dan JDT sendiri (Kita tak payah cakap pasal penyokong team lain, fokus pada team dan penyokong sendiri jer sekarang)
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    12:22 PM

    Sikap kurang ajar penyokong JDT adalah disokong dan perkenan TMJ. Jagalah etika dan peradapan kerana awak bakal menjadi Waris Takhta Kerajaan Negeri Johor.

Post a Comment