Nampak sangat seperti terdesak, apabila Ketua
Umum PKR, Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan isu Islam sebagai modal untuk menarik
simpati para pengundi. Dia yang berkata semalam ketika program kempennya mengatakan
ingin mengembangkan agama Islam sekiranya Berjaya memenangi kerusi Dun Kajang.
Dia turut mengatakan, ia kerana majority penduduk
Kajang berbangsa Melayu dan beragama Islam iaitu seramai 48 peratus, manakala
41 peratus kaum Cina dan selebihnya orang India.
Persoalannya ialah, apakah selama ini ajaran
Islam tidak berkembang di Selangor khususnya Kajang? Apakah hanya dengan kemenangan
Anwar sahaja, ajaran Islam akan berkembang?
Mungkin Anwar merasakan selama ini semua penduduk
Islam di Kajang terutama tokoh dan ilmuwan Islam GAGAL memainkan peranan yang
sewajarnya sehingga memaksanya untuk mengambilalih peranan tersebut.
Sekiranya ia ingin dijadikan sebagai hujah,
bagaimana pula dengan tempat-tempat yang TIDAK ditandingi oleh Anwar? Dan
sekiranya populasi penduduk di jadikan sebagai kayu pengukur, bagaimana pula
dengan kawasan yang mempunyai populasi Islam melebihi 60 peratus atau di bawah
40 peratus?
Sebagai seorang yang beragama Islam, kita dituntut
untuk sentiasa bersangka baik terhadap niat seseorang. Mungkin Anwar memang betul-betul
ikhlas dengan kenyataan tersebut.
Namun bagaimana pula dengan kenyataan
Anwar sebelum ini yang dilihat begitu cenderung menyokong ideologipluralisme? Bukankah
pendirian dan fahaman yang mengatakan semua agama itu sama, amat bertentangan dengan
ajaran Islam?
Sebagai contoh, Anwar ketika menyampaikan ucapan
di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 pernah menyatakan sokongan
terhadap fahaman tersebut. Di dalam ucapan tersebut antaralainnya mengakui fahaman The
Transcendent Unity of Religions melalui konsep universal sufism
(satukebenaranbanyakjalan), KONSEP KESAMARATAAN AGAMA, menafikan konsep benar
dan sesat, terpengaruh dengan faham Falsafah Abadi (Perennial Wisdom)
serta Kesatuan Metafizik (Metaphysical Unity).
“Today, freedom of religion without which there can be no religious pluralism, is an entrenched constitutional liberty in the established democracies. As such, favouring one religion over another or granting it a position at the expense of others may be considered as being against the spirit of religious pluralism. Yet this still happens even in certain established democracies in Europe while in the Middle East and in Southeast Asia this ambivalence has been virtually taken for granted until recently”. (LSE London, Mac 2011)
Seterusnya Institut Kajian Dasar (IKD)
yang merupakan sebuah badan pemikir kepada Anwar juga banyak menerbitkan buku-buku
yang dianggap ‘bahaya’ kerana sering mempromosikan fahaman Liberal-Pluralisme.
Kesimpulannya ialah, Anwar sedar rakyat khususnya
pengundi di Kajang telah mula muak dan jijik dengan semua pembohongan yang di
lakukan sebelum ini .Tambahan pula pilihanraya kecil Kajang ini bukannya untuk memperjuangkan
isu rakyat, tetapi lebih kepada untuk memenuhi nafsu politik Anwar untuk menjadi
Menteri Besar di Selangor.
7:50 PM
Beperasangka baik pun tengok la siapa dia tu..kan kita ada akai!!