Puteri UMNO Selangor Sudah Bersedia Sepenuhnya Untuk Hadapi PRK DUN Kajang

Pergerakan Puteri UMNO Negeri Selangor sudah bersedia sepenuhnya untuk digerakkan bagi membantu calon yang akan ditampilkan Barisan Nasional di Pilihanraya Kecil DUN Kajang, 23 Mac ini.

Ketua Puteri UMNO Negeri Selangor, Salbiah Saari berkata, Puteri telah mengerakkan pusat khidmat panggilan untuk mendapat maklum balas dari pengundi di DUN Kajang mengenai situasi semasa di sana.    

“Ini merupakan gerak kerja awal Puteri, sehingga mendapat arahan seterusnya dari Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

Tapi kita sudah bersedia sepenuhnya, selain merangka pendekatan kempen "yang tidak syok sendiri" pada PRK DUN Kajang nanti.   Kita akan menjalankan kempen secara berhemah dan merendah diri serta terus kepada pengundi,” ujarnya yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Tanjong Karang.

Dalam masa yang sama, beliau mengajak pengundi DUN Kajang agar tidak tertipu dengan sandiwara Anwar Ibrahim dan PKR yang sengaja menjadikan pilihan raya kecil ini sebagai landasan untuk meletakkan Anwar di kerusi Menteri Besar Selangor untuk mengantikan Khalid Ibrahim.
 
“Banyak sangat sandiwara yang dimain dan dilakonkan Anwar dan PKR ini, tapi semuanya semata-mata nak kaburi mata rakyat demi melunaskan nafsu politik Anwar semata-mata,” tambanya lagi.


Kerusi DUN Kajang kosong selepas anggota DUN itu Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan pada 27 Jan lepas, dan pakatan pembangkang menamakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka jika pilihan raya kecil diadakan.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment