Suara Hati Johor Bakal Keluar Seawal April - Khaled


Suara Hati Johor, hasil kajian kerajaan negeri berhubung keperluan rakyat negeri ini, akan dikeluarkan seawal bulan April, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Suara hati Johor sedang disusun Indeks Petunjuk Prestasi (KPI). Bulan empat
atau lima kita akan lancar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Badan Perhubungan MCA Johor di sini hari ini.

Turut hadir dalam majlis sambutan itu ialah Timbalan Presiden MCA merangkap Pengerusi Perhubungan MCA Negeri Johor Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalannya yang juga Exco Johor Datuk Tee Siew Kiong.

Suara Hati Johor, satu inisiatif untuk merakyatkan kerajaan, adalah berdasarkan lima perkara iaitu perumahan, keselamatan, agama, infrastruktur dan ekonomi.

Kajian itu dijalankan dari 17 Jun hingga 24 Julai tahun lepas membabitkan sembilan penyelidik, tiga pegawai penyelidik dan 70 mahasiswa yang diuruskan oleh Universiti Teknologi Malaysia membabitkan peruntukan berjumlah RM200,000.

Terdahulu, dalam ucapannya, Khaled berkata Barisan Nasional (BN) Johor bersedia membantu MCA Johor untuk merangka strategi dalam mengembalikan kegemilangannya di negeri itu sekali gus merampas kembali kerusi yang tewas pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata BN Johor boleh membantu MCA dalam mengembalikan keyakinan masyarakat Cina kepada parti itu.


Menyentuh tentang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor, Khaled yang juga Pengerusi BN Johor, berkata BN Johor sedang bersiap sedia untuk menghantar jenteranya bagi membantu calon BN pada pilihan raya kecil itu.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment