Tuduh BN Taja Calon Bebas Bukti Pakatan Main Politik Sempit

Pakatan pembangkang tidak pernah habis dengan politik sempit mereka, penuh dengan tipu muslihat dan tidak konsisten dengan perjuangan politik mereka.

EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Arman Adha Abu Hanafiah  menyifatkan tuduhan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail  mengatakan BN menaja calon Bebas (Zaid Ibrahim) untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, 23 Mac ini.

“Kenapa mereka nak sibuk-sibuk nak mencampuri urusan BN dalam soal calon yang akan ditawarkan untuk bertanding di Kajang nanti, mereka yang membuka gelanggang PRK Kajang dengan situasi yang cukup tidak logik, jadi biarlah mereka berlakon dulu untuk mengaburi mata rakyat khususnya pengundi di DUN Kajang.

Jadi, soal BN bertanding atau tidak, itu soal kepimpinan BN, tapi soal menaja calon Bebas untuk bertanding di Kajang, khususnya untuk menentang Anwar Ibrahim yang dikatakan akan mewakili PKR nanti adalah satu perkara yang mustahil memandangkan BN mempunyai ramai calon anak tempatan, calon yang berwibawa untuk diketengahkan berbanding PKR yang nampaknya menggunakan calon ‘nasi basi’ untuk memenuhi impian dan nafsu pemimpin mereka sendiri,” ujarnya yang juga Pengerusi Briged Kesatria Muda Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, tindakan mereka ini juga dilihat sebagai alasan untuk menutup kesalahan mereka yang `membuka gelanggang PRK Kajang’ tanpa alasan yang kukuh, yang akhirnya akan membazirkan wang rakyat untuk PRK ini.  Jadi, kesilapan tersebut hendak diletakkan kepada BN sedangkan mereka sendiri nampaknya semakin gusar untuk menghadapi PRK ini, sehingga Anwar Ibrahim di’kerah’ sepenuhnya untuk turun berkempen awal di Kajang.

“Dulu mereka menuduh BN menang Pilihan Raya Umum (PRU) dengan menggunakan khidmat 40,000 pengundi hantu yang didatangkan khas dari Bangladesh. Bila desakan demi desakan untuk mereka membuktikan dakwaan mereka, Anwar kata tidak pernah tuduh BN menggunakan warga Bangladesh tetapi kini dah dengar `suara-suara misteri’ yang mengatakan BN akan menggunakan warga Myanmar pula untuk menang di Kajang.

Ini menunjukkan pakatan serasi dengan fitnah dan tuduhan BN taja calon Bebas (Zaid Ibrahim) merupakan satu fitnah untuk meraih simpati rakyat.

Ini kerana mereka hidup dengan politik fitnah sebagai asas perjuangan mereka berbanding perjuangan membela rakyat, berbanding BN (dulu Perikatan) yang konsisten sejak merdeka, memastikan kepentingan rakyat didahulukan berbanding kepentingan peribadi dan parti,” tambahnya lagi.



Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment