Tuduh Kempen BN Ganas Untuk Tutup Perangai `Ganas Mereka’


KUALA LUMPUR, 11 Feb - Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan di Pilihan Raya Kecil DUN Kajang dari 11 hingga 23 Mac ini termasuk gerakan-gerakan provokasi daripada pihak pakatan menjelang tempoh pilihan raya kecil tersebut.

Ketuanya, Zainuri Dato Zainal berkata, sekarang dah keluar kenyataan-kenyataan berunsur provokasi kononnya Barisan Nasional dan Pemuda BN sendiri akan membuat keganasan pada tempoh waktu berkempen nanti.

“Kita tak amalkan politik ganas ini, mereka sengaja mereka-reka cerita bahawa BN amal politik ganas ini semata-mata untuk mengaburi mata rakyat bahawa BN terdesak untuk menang di DUN Kajang, tetapi kita juga nak beritahu, merekalah yang sebenarnya mengamalkan politik keganasan ini pada PRK atau PRU sebelum ini.

Justeru itu, tak payahlah kejar populariti memberi kenyataan media dengan memberitahu perkara yang mereka sendiri tidak mampu kotakan. Buat malu saja. Pada PRU lalu, mereka jugalah yang telah menahan bas kilang kononnya membawa pengundi hantu sedangkan orang-orang yang berada di dalam bas tersebut ialah pekerja kilang warganegara Malaysia yang mahu pergi mengundi,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Klang.

Tambahnya, mereka sibuk nak tuduh BN ada 40,000 pengundi ‘Bangla’lah, mereka tuduh BN amal politik ganaslah, tapi hakikatnya, itu semua bertujuan untuk menutup kesalahan yang mereka sendiri buat termasuk dalam isu pengundi hantu yang mereka laung-laungkan selama ini.

“Di dalam DUN Kajang sendiri, kita telah kesan ramai pengundi yang tak dapat dikesan. Kita berharap agar rakyat khususnya pengundi di DUN Kajang agar menolak segala gerakan oleh pakatan DAP-PKR dan PAS Selangor yang khabarnya akan meletakkan Anwar Ibrahim untuk bertanding di Kajang nanti.

Rakyat harusnya bertanyakan kepada Anwar nanti, apa tujuan dia nak bertanding di Kajang, sedangkan dia sebelum ini dilabelkan sebagai pemimpin kelas dunia oleh Azmin Ali yang merupakan Pengerusi PKR Selangor, kenapa pemimpin kelas dunia ini sanggup turun untuk bertanding di DUN, mesti ada sesuatu yang dikejarkan oleh Anwar Ibrahim ini di Selangor,” tambahnya lagi. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment