Usahawan Muda Johor Perlu Berdaya Maju- @khalednordin

Gambar Hiasan
Usahawan muda Johor perlu memiliki sifat berdaya maju dalam pelbagai aspek, terutama di bidang ekonomi, selaras hasrat kerajaan negeri yang mahukan mereka sentiasa berdaya saing antara satu sama lain.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata mereka perlu pantas mengambil peluang terutama dalam keadaan ekonomi yang berkembang pesat ketika ini.

"Sememangnya kerajaan sentiasa menggalakkan penyertaan usahawan muda untuk menceburi pelbagai bidang perniagaan kerana mereka mempunyai potensi cerah ditambah pula dengan idea yang baharu dan masih segar untuk digunakan," katanya ketika pelancaran Koperasi Usahawan Muda Johor Darul Takzim (KUMJDT) malam ini.

Beliau berkata koperasi yang diwujudkan merupakan sektor ketiga penting di
Malaysia selain kerajaan dan swasta kerana ia turut menyumbang kepada ekonomi negara.

"Kita percaya dengan inovasi dan daya kreativiti serta nilai usahawan yang ada, ia akan membantu mereka untuk lebih ke hadapan seiring dengan matlamat kerajaan negeri yang mahukan lebih ramai usahawan muda menerajui bidang perniagaan," katanya.


Mohamed Khaled berkata sebagai contoh, pelbagai aktiviti dirancang seperti mewujudkan tapak ekspo dan pasar tani rakyat khusus untuk usahawan muda.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment