China Hargai Keikhlasan Malaysia – On Ka Ting


China menghargai usaha ikhlas Malaysia yang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat secara berterusan bagi mengesan pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, Sabtu lepas.

Wakil Khas Perdana Menteri Malaysia ke China Tan Sri Ong Ka Ting berkata Menteri Naib Luar China Xie Hang Sheng telah memuji usaha Malaysia dalam mengukuhkan hubungan dua hala dengan meletakkan keikhlasan dan  bertindak secara praktikal dalam menangani insiden berkenaan.

Semasa misi mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ong berkata beliau berada di sini untuk menyampaikan mesej kepada China bahawa Malaysia telah meletakkan sepenuh usaha dalam operasi mencari dan menyelamat.

"Saya di sini untuk menyampaikan keprihatinan Perdana Menteri terhadap keluarga mangsa yang terbabit," katanya kepada media Malaysia di sini hari ini.

Ong berkata lawatan beliau bertujuan memberi sokongan kepada sejumlah 103 petugas MAS, termasuk 13 petugas warga China, semua sukarelawan dan Yayasan Buddha Taiwan, Tzu-Chi dan Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia di China yang bekerja selama 24 jam dan menunjukkan semangat Malaysia yang terbaik.


Terdahulu, Perdana Menteri China Li Keqiang telah menghubungi Najib mengenai perkara berkenaan.
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    9:11 AM

    Hanya kiasu-kiasu chauvinist rasis jer yang terus membebel dan mencari kesalahan kerajaan.

Post a Comment