DAP& PKR Angkuh, Berikan Peluang Kepada BN Beri Khidmat Terbaik Di Kajang


Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan keangguhan DAP dan PKR menunjukkan parti pembangkang ini tidak memahami perasaan penduduk khususnya pengundi di DUN Kajang, kerana mereka membenci keadaan pilihanraya kecil yang sengaja direka oleh parti-parti pembangkang ini dan Anwar Ibrahim.

Jadi, sebagaimana yang disebutkan oleh Tan Sri Muhyiddin, bahawa Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, 23 Mac ini merupakan nafsu Anwar Ibrahim sendiri yang berhasrat sangat nak jadi Menteri Besar Selangor, tanpa mengira keperluan dan pelaksaannya.

“Beliau (Anwar) sanggup mengarahkan ADUNnya sendiri untuk meletakkan jawatan. Ini juga membuktikan bahawa Anwar tidak kisah dengan proses demokrasi yang ada dalam Negara kita.

Cara demokrasi dia adalah dengan cara dia sendiri, asalkan dia nak, dia boleh apa yang dia suka sahaja. Oleh itu saya rasa penduduk di Kajang perlu membuat satu keputusan yang bijak untuk menaikkan lagi standard demokrasi dalam Negara kita. Standard demokrasi kita tidak boleh dipermainkan oleh ahli politik seperti Anwar Ibrahim,” ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Jentera Jalinan Rakyat Wanita BN Kajang semalam.

Dalam masa yang sama, beliau mengakui tindakan Anwar Ibrahim yang terdesak untuk menjadi Menteri Besar Selangor ini boleh menyebabkan konflik di Selangor memandangkan Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga dari PKR tidak meletakkan jawatan dan tidak akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar, ini akan menimbulkan satu krisis perlembagaan negeri.

“Ia akan menyebabkan krisis perlembangaan negeri kerana Menteri Besar yang sedia ada tidak meletakkan jawatan, maka Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Menteri Besar dan jika Khalid Ibrahim dipaksa untuk meletakkan jawatan, maka akan timbul krisis dalam negeri Selangor.  

Kita nampak, lebih banyak kekecohan dalam kepimpinan parti PKR, kita akan nampak lebih banyak lagi krisis yang akan berlaku dalam kerajaan negeri Selangor.

Jadi, saya juga yakin bahawa pengundi sekarang cerdik untuk menilai kepimpinan memandangkan mereka telah diheret ke dalam satu keadaan yang mana tidak perlu pun diadakan pilihan raya kecil di DUN Kajang ini,” tambahnya lagi.

Liow turut merayu kepada pengundi di Kajang agar memberikan peluang kepada BN dengan memberikan undi kepada Datuk Paduka Chew Mei Fun yang mempunyai track record yang baik, yang mempunyai pengalaman sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri.


“Saya yakin, beliau akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk khususnya pengundi di Kajang,” ujarnya lagi.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment