Hari ini
ketika tumpuan diberi
Kehilanganmu
teruji juga dikeji
Khidmat cara
lama diberi
Kecanggihan
diuji malah dicaci
ITULAH
HEBATNYA WARTAWAN FB
Berusaha
menunjukkan kebodohan diri
Beritanya
hanya tertumpu di PC setiap hari
Tiada
Perasaan langsung terpahat dihati.
MH 370
Sentiasa dihati
Hingga kini
tumpuan diberi
Ramai
sungguh menunjuk kepandaian diri
Pelbagai
andaian juga diberi
Orang biasa
berkata tak ikut hati
Org Politik
turut tunjuk kebodohan diri
Bila silap
baru maaf minta diberi
Ibarat otak
letak dikaki.
Yang simpati
pelbagai usaha diberi
Doa dipanjat
setiap hari
Solat hajat
tanda kelemahan diri
Tanda insaf
pada Illahi
Mohon
pentanda akan diberi
walaupun Ia
mengadap Illahi
Kehilanganmu
ramai meratapi
Walau tidak
menimpa diri
Namun
memahami empunya diri
Hidup
matinya di janji Pasti
hanya doa
mampu diberi
Kami yang
hidup masih tak pasti.
MH370
Satu dunia
berusaha member
Sanggup
berusaha berhari-hari
Hidup mereka
tak penting diri
Hingga tak
ingat keletihan diri
Berusaha
tanpa minta pujian diberi
Sanggup
berusaha walau di keji
Kamu semua
wira dihati kami.
*Jika kita hanya mampu berdoa
maka kita harus berterima kasih jika ada yg sudi berusaha mengikut kepandaian
serta kepercayaan masing-masing, membantu juga walaupun kita anggap ia
mengarut..dan tak diterima akal.....daripada jadi pakar Fb dan menunjukkan
kebodohan diri.
* Permudahkan Perjalanan Mereka
& Semua yang berada didalam pesawat tersebut Yaa Allah jika itu kehendak-MU
tidak kiralah siapa pun mereka-Aminn.
*Buat petugas dari seluruh dunia
yg sedang berusaha mencari & mengenal pasti kedudukkan pesawat, selamat
bertugas - Semoga Allah melindungi semua.
Sumber: (FB) - Mohamad Nor Tokey Diy
0 Komen