Dua Penumpang Guna Passport Curi Tidak Punya Rupa Paras Asia


Ketua-Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman hari ini mengesahkan bahawa kedua-dua penumpang lelaki yang menaiki pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 menggunakan pasport curi, tidak memiliki paras rupa Asia. 

"Kami telah berulang-ulang melihat semua gambar video, mereka tidak menyerupai lelaki Asia," katanya kepada ratusan pemberita asing dan tempatan yang masih bersesak menghadiri sidang akhbar - taklimat terakhir dari pihak berkuasa Malaysia untuk hari ini. 

Azharuddin enggan menjawab pertanyaan sama ada lelaki itu mempunyai paras rupa Afrika, tetapi menyatakan hal itu masih disiasat oleh pakar-pakar keselamatan.

Beliau menegaskan selepas meneliti gambar-gambar video (CCTV) dari kawasan berlepas, semua protokol keselamatan telah dipatuhi.

"Ada kemungkinan wujud sindiket pasport curi," kata beliau.

Azharuddin berkata radius operasi mencari Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines itu diperluaskan dari 50 batu nautika kepada 100 batu nautika dalam kawasan laut Igari hingga ke Sumatra Utara di kawasan darat.

Beliau berkata operasi itu yang masih dipanggil operasi mencari dan menyelamat selepas masuk hari ketiga, dijalankan "dari blok ke blok".

"Kapal dan pesawat ditugaskan meliputi setiap blok. Seterusnya kita akan perluaskan lagi (kawasan liputan)," kata beliau. 

Terdapat dua kawasan carian utama. Satu di pantai timur Semenanjung Malaysia, satu lagi di Selat Melaka.         

Sidang akhbar seterusnya diadakan esok jam 10 pagi.

Penerbangan MAS MH370, yang membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi, dan 12 kru hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi hari Sabtu.


Mengikut jadual ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    12:37 AM

    Tolong baca artikel yg. sungguh mantap pasal agenda New World Order Barat-ZIONIS dan CNN, yg. disyaki DALANG CIA-MOSSAD, di mana CNN meneliti kapalterbang MAS ini tak lama sebelum kejadian ini di http://pasberuk.blogspot.com./2014/03/pesawat-mh370-agenda-world-order-satu.html?showComment=1394456612956#c1399657848402772426 . Saya juga syaki DRONE dr. US NAVY mungkin terlibat; sebab itulah kita kena minta pertolongan Submarine CANGGIH dr. Russia atau China yg. bukan pengampu DALANG-DUA-MUKA DAJAL Barat-Zionis!

    Lihatlah disyaki penglibatan CIA-Mossad, yg. letupkan Twin Towers pd. 9/11 melalui kaedah 'Disintegration‘ - utk. menjatuhkan Islam dan MENJAJAH Dunia Islam yg. kaya minyak-gas, dengan amat BUAS dan KEJAM, bermula dgn. Afghanistan dan Iraq (dgn. menyalahkan pengganas al-Qaeda, yg. sebenarnya dicipta Barat sendiri). Lihat teori ex-CIA sendiri di http://www.presstv.ir/detail/2013/09/15/324167/excia-agent-911-lies-big-and-tragic/:

    Ex-CIA agent: 9/11 lies bigger than already known

    Sep 15, 2013

    Many people including observers inside the United States have on frequent occasions called the September 11 attacks in New York an inside job.

    Numerous theorists have spoken out over the past 12 years talking about the controlled demolition of the World Trade Center, Israeli complicity in the events, and many other issues.

    Critics questioning the US version of the 9/11 attacks have indicated, among other things, to bombs and explosives planted at the World Trade Center that demolished the buildings, jubilant Israeli intelligence agents photographing the attacks, made-up phone calls from the planes, and a warning by the Mossad (the Israeli spy agency) one day before the attacks to Israeli Tower workers and occupants to stay away from the buildings.

    A former CIA agent has also emerged with new revelations on the attacks, blaming the attack on the US intelligence apparatus.

    Susan Lindauer talks about the CIA’s detailed knowledge of the time, target, and means of the 9/11 attacks over the months prior to the events.

    “The lies are so much bigger than what you know and it’s so much deeper and it’s so much more tragic once you have the truth,” says Lindauer.

    Her evidence shows how the World Trade Center buildings were brought down by controlled demolition. Lindauer explains how thermite bomb, “an extraordinary heat-reducing bomb” which “takes steel” and “creates molten steel,” with potential sulphur in it was planted at the buildings.

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

  2. Anonymous
    9:26 AM

    Betul apa yg awk cakap. Nyawa manusia amat murah bg mereka aslkn matlamat mereka tercapai.

Post a Comment