Pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu terbang dengan kapasiti
minyak yang mencukupi untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing yang
mengambil masa penerbangan selama enam jam setengah.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines (MAS) Ahmad
Jauhari Yahya berkata, pesawat itu dibekalkan minyak seperti dijadual dan tiada
penambahan dilakukan.
"Selalunya, kita tidak muatkan untuk enam jam setengah. Kita
akan buat simpanan minyak antara 45 minit hingga ke sejam. Ini dilakukan
sekiranya terdapat sebarang lencongan sekiranya Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing
tutup. Jadi kita perlu ke lapangan terbang berikutnya yang berdekatan.
"Saya berpendapat bahawa pesawat itu dapat mengisi sehingga
tujuh jam setengah hingga ke lapan jam," katanya dalam sidang media
mengenai perkembangan terbaharu kehilangan pesawat MH370 di sini, hari ini.
Kenyataan itu dibuat bagi menjawab persoalan jika kapasiti pesawat
MH370 ditambah dari kapasiti yang ditetapkan atau pesawat tersebut telah
mendarat di mana-mana lapangan terbang di sepanjang laluannya untuk mengisi
minyak.



0 Komen
Post a Comment