Misteri MH370 - Kita Akan Terus Mencari & Menyelamat MH370




Selepas melawat keluarga penumpang MH370 pada jam 6:30 pm tadi, berikut adalah intipati sidang akhbar oleh DS Hishammuddin:


·      Usaha dan tumpuan kita adalah kepada search and rescue (SAR), lebih daripada melayani spekulasi. Itu yang diminta oleh keluarga, mereka memahami sangat apa yang kita sedang lakukan.

·      YAB PM telah memaklumkan perbincangan beliau dengan PM Australia, Tony Abbot, iatu dua PC 3-Orion telah dideploy di kawasan-kawasan berkenaan. Ini menujukkan jumlah aset untuk search and rescue ini  jauh lebih baik daripada apa yang kita jangkakan boleh digemblengkan. Agak luar biasa.

·      Pertolongan daripada PC 3-Orion ini sangat penting kerana kemampuan surveillance, yang tertumpu untuk usaha mencari.

·      Saya sahkan dua passport, kita sudah memiliki visual tetapi saya tak boleh komen atau memberi apa-apa maklumat kerana ia masih di bawah siasatan.

·      Walau apa-apa pun, fokus utama adalah membawa pulang MH370.

·      MAS telah melakukan yang terbaik untuk keluarga penumpang dan krew MH370, saya puji usaha dan sikap mereka.



·      Saya telah berjanji untuk bersama keluarga penumpang MH370 dari masa ke semasa.
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment