Parlimen Gamat: Khalid Samad Tuduh Wujud Campur Tangan Eksekutif Kes Anwar


Dewan Rakyat hari ini gamat apabila seorang anggota pembangkang menuduh wujud campur tangan kuasa Eksekutif dalam kes hukuman penjara terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

"Kita tidak hadir (Dewan Rakyat semalam) atas sebab kita protes campur tangan Eksekutif dalam persoalan pihak badan kehakiman kerana kes itu telah dibawa ke depan," kata Khalid Samad (PAS-Shah Alam).

Dakwaannya itu menimbulkan kekecohan hampir 20 minit sehingga ramai anggota Parlimen Barisan Nasional bangun dan bertikam lidah mempersoalkan dakwaan Khalid itu.

Tan Sri Shahrir Samad (BN-Johor Bahru) kemudian bangun dan meminta Khalid mengemukakan bukti dan bukan sekadar membuat dakwaan kosong berikutan kes itu sendiri telah ditangguhkan beberapa kali.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said kemudian meminta kesemua pihak bertenang dan tidak meneruskan kekecohan.

Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas.


Persidangan dewan bersambung esok.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    8:03 PM

    Apa yang dimaksudkan campur tangan Eksekutif dalam persoalan pihak badan kehakiman?
    Adakah dia tidak boleh terima kesahihan DNA? Sekolah darjah berapa agaknya orang tua ni.
    Atau dia juga LGBT inginkan Anwar dibebas walaupun disahkan meliwat. Entah-entah satu geng bontot dengan Anwar.

Post a Comment