Pemuda BN Mula Gerakkan Strategi Untuk PRU14 - Khairy


Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (Pemuda BN) hari ini mula menggerakkan tumpuan ke arah Pilihan Raya Umum ke-14 dengan setiap Parti Kompenan BN ditugaskan untuk meningkatkan sokongan dari golongan pengundi muda dari masyarakat masing-masing ataupun di kalangan masyarakat masing-masing.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, Pemuda BN juga akan memperkuatkan lagi sistem penyampaian maklumat terutamanya melalui media sosial memandangkan perang di media social ini menjadi antara tanggungjawab utama Pemuda BN untuk kita membantu BN pada PRU14.

“Kita juga membincangkan soal persiapan untuk PRK Kajang, Selangor dan PRK Baligian di Sarawak. Pemuda BN sebulat suara memberikan sokongan padu kepada calon kita di Kajang iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun dari MCA dan calon kita di Baligian iaitu dari PBB, yang akan diumumkan oleh Presiden PBB merangkap Ketua Menteri Sarawak beberapa hari sebelum hari penamaan calon.

Untuk kedua-dua PRK ini, semua kompenan Pemuda BN akan turun beramai-ramai dan kita akan agihkan tugas di Semenanjung dan di Malaysia Timur untuk kita membantu calon BN untuk mendapat kemenangan dalam kedua-dua PRK tersebut,” ujarnya di Sidang Media selepas Mesyuarat Pertama Pemuda BN di sini, sebentar tadi.

Tambahnya, Pemuda BN juga akan mengadakan Retreat Pemuda BN selepas PRK Baligian kelak, bagi membincangkan strategi dan gerak kerja untuk tiga tahun akan datang menjelang PRU14.


“Hari ini kita telah buat keputusan bahawa pengagihan tugas bagi Pemuda BN perlulah berubah dari dahulu dan kita harus memberikan tanggungjawab yang lebih besar kepada setiap parti-parti kompenan berbanding apa yang kita amalkan sebelum ini,” tambahnya. 

Pengumuman Datin Seri Wan Azizah, presiden PKR bagi mengantikan Anwar Ibrahim di Pilihan Raya Kecil Kajang tidak memberikan kesan yang besar kepada jentera Pemuda BN kerana tidak kira sesiapapun yang bertanding mewakili PKR, gerakkerja dan strategi Pemuda BN sama kerana mahu memastikan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dapat berjumpa dengan seramai mungkin rakyat khususnya pengundi di DUN Kajang.

Tambahnya, amat penting untuk Datin Paduka Chew Mei Fun berjumpa dengan seramai mungkin pengundi di DUN Kajang untuk kita memberikan maklumat dan  juga penerangan serta penjelasan tentang program dan polisi Kerajaan BN selain menjawab isu-isu semasa.


“Ini tidak akan berubah semata-mata ada perubahan calon di pihak lawan. Sesiapa pun calon pihak lawan, kita akan teruskan dengan kempen kita untuk kita mempromosikan calon kita dan juga kita jelaskan isu-isu yang perlu diberikan penerangan kepada rakyat khususnya di DUN Kajang,” ujarnya lagi. 
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment