Pemuda UMNO Kedah Kecewa Mahkamah Terus Gantung


Pergerakan Pemuda UMNO negeri Kedah kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan terus menggantung keputusan rayuan kalimah Allah oleh pihak Gereja The Herald.

Ketuanya, Dato Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Pemuda UMNO Kedah amat membimbangi bahawa situasi akan terus menerus menyebabkan ketengangan kaum dan agama yang berpanjangan.

“Kita juga menuntut agar jabatan peguam negara memberi penjelasan secara jelas kenapa keputusan rayuan ini ditangguhkan.  Pemuda UMNO Kedah juga mendesak agar satu undang-undang khas digubal bagi menangani tindakan provokasi dan penghinaan terhadap agama dan kaum di media-media sosial.

Kita sememangnya bimbang trend ini sekiranya tidak ditangani akan mencetuskan huru-hara agama dan kaum. Pemuda UMNO Kedah mencadangkan agar SKMM dan JAKIM diberi autoriti yang besar dan kuat untuk menguatkuasa sebarang undang-undang dan tindakan khas bagi membenteras golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Pemuda UMNO juga mendesak COMANGO diharamkan sama-sekali daripada bergerak secara sah dan melontarkan pandangan mereka.

Bagi Pemuda Kedah COMANGO adalah satu pertubuhan yang mampu menyemarakkan lagi kebencian di antara agama dan kaum. Sekiranya kerajaan masih berlembut, Pemuda bimbang pelbagai bentuk provokasi akan mudah disebarkan hingga membawa kejadian-kejadian yang tidak diingini.


“Hakikatnya, kenyataan ini dibuat bukanlah meraih laba dan sokongan politik daripada sesuatu kaum yang majoriti, tetapi atas dasar kestabilan negara secara keseluruhan. Trend permainan api perkauman agama dan kaum ini seharusnya dihentikan dan dikawal bagi mengelakkan tragedi berdarah 13 Mei yang pernah menghantui kita,” tambahnya lagi. 
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment