Siasat Petugas Yang Terlibat MH370


Semua petugas bawahan Malaysia Airlines (MAS), yang terlibat dalam pengendalian pesawat bagi Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac telah disoalsiasat oleh polis, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata ini selain 239 penumpang dan kru pesawat berkenaan.

"Pihak berkuasa Malaysia kini memfokus semula siasatan mereka ke atas semua kru dan penumpang MH370, serta semua petugas bawahan yang mengendali pesawat itu," kata Hishammuddin pada satu taklimat akhbar mengenai pencarian pesawat MAS itu di sini hari ini. 

Beliau berkata pihak berkuasa Malaysia tidak sedia mengulas teori spekulatif berhubung apa yang menyebabkan penerbangan itu melencong dari laluan asalnya kerana bimbang ini boleh mengganggu siasatan. 


Awal hari ini dalam satu kenyataan, beliau berkata jurutera MAS, yang ada urusan dengan pesawat itu sebelum ia berlepas, juga disiasat.
Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

Post a Comment