Sohaimi Sifatkan Dr Afif Individu Yang Rasa Sentiasa Bagus


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan menyifatkan ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin sebagai seorang individu yang merasakan diri mereka bagus sentiasa melihat orang dalam sudut negatif.

Ujarnya, Kenyataan beliau dalam twitternya bahawa 'penjenayah Bunuh polis itu tidak menghairankan tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah' sebenarnya amat keterlaluan.

"Beliau juga menyatakan 'bila polis dibunuh, kita tahu penjenayah akan ditangkap dibicara; di Malaysia, tahanan mati dalam jagaan polis masih belum mendapat pembelaan.'

Sebagai pemimpin masyarakat, beliau sepatutnya menyanjung dan menghormati jasa anggota polis yang menjaga keamanan negara ini daripada kes jenayah," ujarnya.

Namun sebaliknya, beliau sanggup mengeluarkan kenyataan bernada negatif yang boleh mengguris hati anggota keselamatan itu.

Pada masa yang sama kenyataannya itu bukan sahaja memperkecilkan peranan pasukan polis, malah cuba membela penjenayah.

"Kata pepatah ada mengatakan, terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata buruk padahnya.

Justeru saya menggesa Dr Afif menarik semula kenyataan itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua anggota polis," tambahnya.

Sama ada sedar atau tidak, kenyataan beliau itu seolah-olah cuba menghasut rakyat agar tidak menghormati pasukan keselamatan khususnya anggota polis dengan memberi imej yang negatif.

"Dr Afif yang saya percaya mempunyai pendidikan tinggi tetapi malangnya kurang berbudi bahasa dan mentalitinya sama sahaja dengan pemimpin pembangkang yang lain yang bencikan polis.

Lebih menyedihkan Dr Afif juga tidak sensitif terhadap perasaan anggota polis yang maut akibat serangan hendap lima warga asing di Taman Sentosa, Klang.


Sekiranya Dr Afif tidak mampu memberi jasa kepada rakyat dengan menjaga keselamatan, lebih baik tumpu sahaja tugasnya sebagai wakil rakyat. Jangan perkecilkan tugas dan tanggungjawab orang lain,"ujarnya lagi.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment