Pemilihan PKR: “Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih”


Bekas Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan, Lokman Noor Adam menyifatkan apa yang berlaku dalam pemilihan pimpinan PKR yang sedang berlangsung sekarang sebagai “paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih”.

Jika selama ini mereka (Pakatan Pembangkang) mengatakan pihak Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR) tidak telus, SPR menipu dan membantu BN menang Pilihan Raya Umum, tetapi hari ini jelas membuktikan bahawa tuduhan-tuduhan yang mereka lemparkan itu sebenarnya berlaku dalam diri mereka sendiri.

“Semasa PRU13, mereka telah menuduh bahawa BN membawa masuk pengundi dari Bangladesh berjumlah lebih 40,000 orang, dan mereka juga menuduh seolah-olah berlaku apa yang dinamakan ‘blackout’ ketika proses pengiraan undi yang menyebabkan banyak tong-tong undi kononnya telah ditukar.

Kalau kita lihat dari segi tuduhan ini, hari ini telah terbongkar cerita bagaimana kertas-kertas undi palsu telah pun tersedia oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan insiden serbuan ke atas sebuah hotel dan terjumpanya kertas-kertas undi tersebut bukan didedahkan oleh UMNO tetapi didedahkan oleh ahli PKR itu sendiri,” ujarnya yang juga Bekas EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, begitu juga dengan pemilihan CEC DAP, kalau dilihat pada pemilihan DAP peringkat awal, Zairil  telah diistiharkan kalah tetapi akhirnya demi nak menunjukkan bahawa DAP tidak anti Melayu, dan DAP sebuah parti yang tidak mengamalkan cauvinis, maka keputusan itu boleh berubah

“Malah dalam pemilihan UMNO dulu, mereka mengatakan bahawa UMNO mengamalkan politik wang, tetapi hari ini kita lihat bahawa amalan politik wang itu bermaharajalela dalam PKR khususnya selepas mereka memenangi kerajaan negeri Selangor di mana mereka mempunyai sumber kewangan dari sumber-sumber yang haram, contohnya di Bahagian Subang, sahabat-sahabat lama saya di Subang mengatakan bahawa pimpinan PKR Subang mendapat dana daripada rumah-rumah urut dan juga kedai-kedai kuda haram yang tumbuh `bak cendawan tumbuh selepas hujan’ di sana
Dengan sumber kewangan yang datang dari pelbagai sumber, PKR hari ini antara parti politik dikalangan pakatan pembangkang yang cukup hebat menggunakan politik wang dalam partinya.

Selepas PRU yang lalu, pakatan pembangkang menuntut supaya Pengerusi SPR meletakkan jawatan hanya bersandarkan tuduhan-tuduhan palsu yang dilemparkan kepada SPR, maka saya juga mencabar pimpinan-pimpinan PKR menuntut supaya pimpinan PKR yang terlibat ini meletakkan jawatan mereka,” tambahnya lagi.

Segala perkembangan ini wajar dijadikan pengajaran dan diambilkira dalam memilih kerajaan.  Tanyalah kepada diri sendiri, sanggupkah kita mempunyai kerajaan seperti PKR?  Bayangkan, jika ahli-ahli sendiri pun boleh dipijak-pijak dan disepak-sepak, apatah lagi rakyat?  Dan apatah lagi kaum lain, terutamanya kaum Melayu?

Dalam keadaan ini, di manakah kredibiliti PKR, mahupun pakatan pembangkang untuk mempersoal integriti sesiapa terutama SPR? 

“Jika pemilihan parti sendiri juga tidak boleh dikira dengan tepat dan telus, di manakah letaknya maruah dan kelayakan PR untuk mempertikai SPR? 


Berdasarkan apa yang berlaku, terbuktilah bahawa segala demonstrasi BERSIH yang dipromosi pakatan pembangkang sehingga menyebabkan kecederaan, kemusnahan dan kerugian sebenarnya tidak mempunyai makna sama sekali,” ujarnya lagi.   
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

6 Komen

  1. Sekarang kita dengar simpanan rezab kerajaan negeri berbilion ringgit. lps ni kalau BN berjaya tawan selangor, rezab tu sure kosong.

  2. Anonymous
    3:58 PM

    Atau sebelum BN tawan Selangor rezab itu sudah kosong

  3. Anonymous
    4:35 PM

    mengata orang dia yg lebih & melampau..penyokong2 tegar PKR, mereka tak kisah tu semua, tu tolak tepi..pada mereka semuanya sempurna..kah..kah..kah.."dengar kata rizab kjaan negeri berbilion2"..jual harta sana sini..UNISEL pun rugi, air kena tadah..abuk pun tarak...

  4. Anonymous
    5:34 PM

    hehe..macamana tak byak berbilion2.rezab..nak minumpun kena tadah air ujan..

  5. Anonymous
    6:13 PM

    Berak pakai calit

  6. Anwar Ibrahim
    8:38 PM

    pkr parti bangsat

Post a Comment