Jangan Jadi Batu Api ....... Bertindaklah Dengan Matang & Profesional


Saya kurang bersetuju dengan kenyataan ADMIN page Johor Southern Tiger yang ini. Seakan-akan mengapikan semangat penyokong JDT hasil mutu  pengadilan yang teruk kononnya oleh pengadil perlawanan Separuh Akhir Piala FA di Stadium Larken malam tadi......

TMJ sendiri kata ini adalah sukan bolasepak...... janganlah kita bermusuh-musuhan, kerana ia sekadar sukan bolasepak..... kita harus betulkan mentaliti untuk terus ke hadapan ......


Jadi kita sendiri kena betulkan mentaliti kita, jangan salahkan pengadil jer ... kalau kita ada pemain yang bagus, yang mempunyai pertahanan yang mantap, takkan lepas gol sebiji ...... kalau ada penyerang yang bagus dan bertaraf dunia, tapi kalau tak dapat sumbat gol pun tak guna juga..... jadi kita sendiri sebagai penyokong JDT harus betulkan mentaliti kita ........


Pihak ADMIN JOHOR Southern Tigers juga harus matang dalam mengeluarkan sebarang kenyataan, lebih-lebih yang berbentuk provokasi macam nie ..... jangan jadi batu api, jangan semarakkan semangat penyokong untuk memberontak dan mengeluarkan kata-kata kesat........

Kalau penyokong JDT nak meluahkan rasa tak puas hati mereka terhadap mutu pengadilan malam tadi di FB atau media sosial mereka senditi, tu tak jadi masalah tetapi bila Page Rasmi JDT sendiri yang keluarkan kenyataan-kenyataan berbentuk provokasi macam nie, rasanya tak matang dan tidak profesional untuk kemajuan bolasepak di Malaysia .....
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Admin southern tiger ni bukannya pemain bola..kerja dia dahulu pengurus artis..dh tak laku maka join southern tiger..lagi satu provokasi adalah ttg pakaian..LANUN JOHOR

  2. Anonymous
    10:17 AM

    bukan dah tak laku, dengarnya muflis. mcmana boleh dpt kerja bila berstatus muflis? pengurusan tak check background kot.

Post a Comment