Isu pengeluaran wang pada usia 60 tahun- KWSP usah jadi 'pepat di luar, runcing di dalam'


Usia 60 tahun adalah terlampau lewat bagi seseorang menikmati hasil penat lelah dan tabungan.

Ia akan mewujudkan persepsi yang salah di kalangan rakyat bahawa kwsp mempunyai agenda tersembunyi untuk 'menyimpan' wang tabungan persaraan itu bagi tujuan tertentu.

Adalah lebih baik diberi pilihan kepada pencarum untuk mengeluarkan simpanan mereka pada kadar tertentu pada setiap takat umur contohnya 20 peratus pada usia 45 tahun, 20 peratus lagi pada usia 50 tahun dan pengeluaran sepenuhnya pada usia 55 tahun.

Ini kerana banyak keperluan diperlukan bagi setiap takat umur berkenaan iaitu untuk tujuan sara hidup, pendidikan tinggi anak2, perubatan, melangsaikan hutang rumah dan kenderaan serta pelbagai perbelanjaan luar jangka lain.

Jadi saya sarankan, pihak kwsp mengutamakan kepentingan rakyat terutama pencarum dengan membuat survey atau kaji selidik yang telus untuk mengetahui apa yang sebenarnya diinginkan oleh pencarum mereka.

Wang tabungan kwsp mestilah menjamin keselesaan kehidupan para pencarum dan bukannya menjadi modal pusingan bagi pelaburan di pihak kwsp semata-mata.

Jangan sampai masyarakat menilai KWSP dengan pelbagai andaian bak kata pepatah 'pepat di luar, runcing di dalam' yang bermaksud baik dari segi lahirnya tetapi mengandungi niat yang tidak baik.

Khairul Anwar Rahmat

Pengerusi SukaGuam
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment